> SABAH SARAWAK > UniMAS berjaya tempatkan diri dalam universiti terbaik di dunia
UniMAS berjaya tempatkan diri dalam universiti terbaik di dunia
UNIMAS GLOBAL Khamis | 20 Jun 2019

KOTA SAMARAHAN - Buat pertama kali dalam sejarah sejak 27 tahun penubuhan, Universiti Malaysia Sarawak (UniMAS) berjaya menempatkan diri di dalam QS World University Rankings (QS WUR) 2020 di antara 1,000 universiti terbaik di dunia iaitu di tempat ke- 801.

Pengiktirafan tersebut menurut Naib Canselor UniMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi, adalah satu penghargaan kepada kakitangan dan mahasiswa serta rakan kongsi UniMAS lain atas kerjasama dan sokongan padu selama ini.

Naib Canselor UniMAS, Prof Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi.
“UniMAS ingin berkongsi khabar gembira bahawa universiti ini telah disenaraikan sebagai di antara 1,000 universiti terbaik di dunia dan kejayaan ini adalah satu pencapaian yang amat mengagumkan,” katanya.

Dr Mohamad Kadim mengatakan bahawa UniMAS mempunyai pelan strategik bagi memastikan keseimbangan komuniti yang lestari dan mampan untuk mencapai sasaran meningkatkan kehidupan komuniti di peringkat tempatan mahupun global.

“Sekarang ini, kita akan memfokuskan usaha untuk meletakkan UniMAS dalam posisi yang lebih baik supaya muncul sebagai pusat pendidikan terbaik di dunia yang mampu menarik lebih ramai mahasiswa dari luar negara.
“Ini juga akan membantu untukmenarik rakan-rakan kongsi dari institusi terbaik di peringkat global untuk bekerjasama dengan UniMAS dalam pelbagai sektor seperti penyelidikan, pengajaran, pembelajaran dan sebagainya,” katanya lagi.

Sementara itu, QS WUR 2020 telah mengumumkan secara rasmi senarai universiti terbaik dunia kelmarin berdasarkan enam indikator utama iaitu reputasi akademik, reputasi majikan, nisbah staf akademik mahasiwa, jumlah sitasi per staf akademik, bilangan staf akademik antarabangsa dan bilangan mahasiswa antarabangsa.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...