> MLK N.9 > ST IoT Challenge 2019: Cungkil kecemerlangan inovasi dalam kalangan pelajar sekolah
ST IoT Challenge 2019: Cungkil kecemerlangan inovasi dalam kalangan pelajar sekolah

FAKULTI Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer (FKEKK) dengan kerjasama Pusat Pembangunan Komuniti & I-CoE, Pejabat Penolong Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat (PJIM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menganjurkan ST IoT Challenge 2019 bertempat di fakulti tersebut baru-baru ini.

Program sebegini menzahirkan bahawa UTeM telah berjaya mempamerkan peranannya sebagai universiti awam teknikal berprestij dalam menyerlahkan kecemerlangan inovasi bersama pihak industri serta komuniti pendidikan dalam negara.

Dekan FKEKK UTeM, Prof. Madya Dr. Mohd Shakir Md Saat berkata, sebanyak dua puluh tiga buah projek Internet of Things (IoT) daripada penyertaan sebelas buah sekolah sekitar Melaka dan Johor telah dipertandingkan bagi merebut Anugerah Inovasi STMicroelectronics yang ditaja dari syarikat STMicroelectronics dan Anugerah Inovasi FKEKK daripada UTeM.

Sekitar pertandingan ST IoT Challenge. (FOTO UTeM)
"Sekalung penghargaan kepada para mentor dan semua yang bertungkus-lumus dalam membantu pihak sekolah yang terlibat untuk merealisasikan setiap idea dan cadangan yang dilontarkan mereka untuk memenangi pertandingan tersebut," katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada pihak industri yang terlibat iaitu STMicroelectronics kerana sudi menaja dan menjadi nadi penggerak utama dalam memastikan pertandingan tersebut menjadi realiti.

Lima sekolah dari Melaka yang terlibat dalam program tersebut adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Haji Talib Karim, Sekolah Menengah Kebangsaan Gajah Berang, Sekolah Menengah Kebangsaan Hang Kasturi, Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah.

Para Pemenang pertandingan ST IoT Challenge 2019. (FOTO UTeM)

Manakala enam lagi sekolah adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Maharani, Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Naning, Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Baru, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Muar, Sekolah Menengah Sains Muar dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mamat.

Pemenang Hadiah Inovasi STMicroelectronics, Sekolah Menengah Sains Muar, Johor. (FOTO UTeM)

Sekolah Menengah Sains Muar telah berjaya membawa pulang Anugerah Inovasi STMicroelectronics manakala Anugerah Inovasi FKEKK telah berjaya dibawa pulang oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Gajah Berang.

Pemenang Hadiah Inovasi FKEKK, Sekolah Menengah Kebangsaan Gajah Berang, Melaka. (FOTO UTeM)

Sementara itu Pengarah Pusat Pembangunan Komuniti & I-COE PJIM, Prof Madya Dr Zoinol berkata, program sebegini amat signifikan diadakan kerana ianya menyuntik kecemerlangan inovasi di peringkat persekolahan lagi.

"Inilah sebahagian peranan kami UTeM dalam memberikan impak langsung kepada pembangunan komuniti dan pendidikan dalam negara secara langsung," katanya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...