> ISU > Angkasa sediakan pinjaman untuk pelajar
Angkasa sediakan pinjaman untuk pelajar
WARTAWAN SINAR HARIAN Selasa | 25 Jun 2019

PETALING JAYA - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) membantu golongan ibu bapa terdiri daripada ahli koperasi dalam membiayai pendidikan di universiti menerusi kaedah tawaran pinjaman dari RM5,000 hingga RM24,000.

Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, tidak semua keluarga di Malaysia mempunyai kemampuan untuk membiayai kos anak-anak mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi tanpa sebarang pinjaman, apatah lagi kos pendidikan di universiti semakin mahal ketika ini.

“Melihat kepada masalah ini, Angkasa mengambil inisiatif menubuhkan Yayasan Angkasa bertujuan membantu terutama sekali anak-anak ahli koperasi melanjutkan pelajaran,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Menurutnya, walau pun amaun disediakan tidak besar tetapi inisiatif tersebut merupakan usaha untuk membantu dan memenuhi prinsip Angkasa iaitu memperkasakan taraf pendidikan serta pembangunan modal insan warga koperasi.

Abdul Fattah berkata, Yayasan Angkasa dimulakan sejak 2010 dan telah mengeluarkan dana melebihi RM8 juta yang memberi manfaat kepada 1,000 pelajar secara keseluruhannya.

ABDUL FATTAH

Katanya, secara puratanya pelajar yang layak akan diberikan sebanyak RM18,000 setiap seorang dan pelajar daripada golongan berpendapatan rendah (B40) akan menerima duit poket sebanyak RM500 hingga RM800 setiap semester.

Sementara itu, Abdul Fattah berkata, Angkasa telah meneliti beberapa cadangan lain untuk membantu anak-anak dan ahli koperasi untuk membiayai kos pelajaran mereka.

Salah satu cadangannya adalah supaya setiap koperasi yang ada di Malaysia menubuhkan tabung pendidikan di peringkat koperasi sendiri.

“Di sini ada dua bentuk, yang pertama, keuntungan koperasi dipotong untuk dimasukkan ke dalam tabung pendidikan. Kedua, koperasi boleh mencari inisiatif sendiri dengan menubuhkan tabung di mana ahli-ahli boleh mencarum tiap-tiap bulan dan apabila mereka perlu, wang itu boleh diambil,” katanya.

*LAPORAN: ANITA ABU HASAN, NOR AINNA HAMZAH, MEGAT MUAZZAM ABDUL RAZAK (Pelatih UiTM) & MUHAMMAD IQHWAN HAKIM ABDULLAH (Pelatih UiTM) - TERBITAN SINAR HARIAN SELASA 25 JUN 2019

ARTIKEL BERKAITAN: Kecualikan yuran, NGO cadang pendidikan percuma untuk pelajar daripada golongan B40

ARTIKEL BERKAITAN: Perit tiada biasiswa dan pinjaman


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...