> KELANTAN > Kerjasama UMK-OEW bangun produk mikroalga bakal beri manfaat kepada penduduk
Kerjasama UMK-OEW bangun produk mikroalga bakal beri manfaat kepada penduduk
NORHASRAM MOHAMAD Selasa | 25 Jun 2019

BACHOK - Kerjasama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan OEW Algae Technologies Sdn Bhd bukan sahaja untuk mengembangkan produk berasaskan mikroalga malah ia memberi manfaat kepada penduduk setempat terlibat dalam bidang bioteknologi tersebut.

Naib Canselor UMK, Profesor Dr. Noor Azizi Ismail berkata, penyelidikan dan pemprosesan produk mikroalga akan berpusat di UMK Kampus Jeli yang menawarkan program Bio Kejuruteraan dan Teknologi.

Menurutnya, menerusi projek itu, penuntut UMK akan mendapat latihan, pengalaman industri dan penempatan kerjaya pada masa hadapan.

“Ia memberi manfaat besar juga kepada penduduk setempat dan akan memesatkan lagi industri hiliran,” katanya dalam sidang media di UMK Kampus Bachok semalam.

Beliau berkata, melalui kerjasama itu juga UMK berpeluang mendapat geran yang ditawarkan Kementerian Pendidikan.

“Banyak manfaatnya hasil kolaborasi ini, saya menyokong penuh usaha dan berharap ia mencapai matlamat,” katanya.

UMK dan OEW Alga Technologies Sdn Bhd memeterai memorandum persefahaman pada 25 Mac lalu bagi menjalankan penyelidikan dan inovasi produk nilai tambah daripada mikroalga dan tumbuhan herba.

Dr. Noor Azizi (tiga, kiri) dan Dr Nazily (empat, kanan) berbincang dengan tenaga penyelidik projek mikro alga.

Ketua Pegawai Eksekutif OEW Grup, Datuk Dr. Nazily Mohd Noor berkata, pihaknya melabur RM3 juta untuk penyelidikan mikroalga selama dua tahun.

Katanya, OEW mengeluarkan 30 produk berasaskan mikroalga dengan mengimport alga dari Jepun.

“Jika projek dibangunkan di sini, kita tidak perlu lagi mengimport mikroalga yang nilainya mencecah RM7 juta setahun. Selepas tempoh penyelidikan, penduduk setempat mendapat manfaat daripadanya dengan projek menternak mikroalga ini,” katanya.

Menurutnya, hasil penyelidikan mendapati mikroalga 600 kali lebih baik daripada vitamin C dan bagus untuk menghasilkan produk kosmetik.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...