> > ‘Maaflah dah 19 tahun tiada tangan...'
‘Maaflah dah 19 tahun tiada tangan...'
WARTAWAN SINAR HARIAN Selasa | 25 Jun 2019

BENARLAH kata orang cinta itu memerlukan keikhlasan dan setiap pasangan perlu menerima si dia seadanya.

Seperti perkongsian Nuha Adenan di laman Twitter miliknya, dia tidak malu memiliki teman lelaki kurang upaya malah dia juga membuktikan masih ada gadis yang tidak mengejar kesempurnaan fizikal untuk bercinta.

Menerusi video pendek berdurasi 2 minit 20 saat, Nuha berkongsi momen indah menyambut ulang tahun kelahiran teman lelakinya yang dilahirkan tanpa sebelah tangan, baru-baru ini.

Menurut Nuha, dia berasa sangat gembira melihat teman lelakinya tersenyum.

“Saya tahu kehidupan awak bukanlah mudah. Awak telah harungi banyak dugaan sejak kecil lagi sehingga sekarang. Awak layak untuk gembira, sayang,” tulisnya.

Nuha dan teman lelakinya yang kini sedang menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Terengganu turut mengharapkan netizen mendoakan yang terbaik untuk mereka berdua.

“Tolong doakan kami untuk peperiksaan akhir ini. Kami berdua sedang mengambil jurusan pengurusan perniagaan di universiti sama.
“Semoga kami mendapat keputusan cemerlang dan si dia ada semangat untuk belajar. Amin,” tambahnya lagi.

Perkongsian Nuha mengundang sebak netizen dan rata-rata mereka mendoakan hubungan mereka kekal serta dipermudahkan segala urusan.

Sejak dimuat naik Sabtu lalu, entri Nuha dengan kapsyen ‘Happy Birthday Love, katanya maaflah dah 19 tahun tiada tangan’ kini telah mendapat lebih 23,200 ciap semula dan lebih 26,200 suka.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...