> BIASISWA > Sultan Nazrin kurnia biasiswa kepada 10 pelajar
Sultan Nazrin kurnia biasiswa kepada 10 pelajar
BERNAMA Rabu | 3 Julai 2019

KUALA LUMPUR - Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan mengurniakan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2019 kepada 10 penuntut institusi pengajian tinggi di Istana Negara di sini.

Kesemua penerima biasiswa itu dipilih oleh Jawatankuasa BYDPA untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang ekonomi serta sains dan teknologi di pelbagai universiti tempatan dan luar negara.

Enam yang menerima biasiswa bagi pengajian PhD ialah Saira Bannu Baharuddin, pelajar Geosains Petroleum di Imperial College London, United Kingdom; R. Harishini (Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM); Nur Liyana Mohammed Yusof

(Sains Bioperubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); Muhammad Ammar Muhammad Sani (Sains Komputer, Universiti Teknologi Malaysia (UTM); Qistina Mohamad Ludin (Tenaga Keterbaharuan, UKM) dan Nik Syahirah Aliaa Nik Sharifulden (Kejuruteraan Biomedikal, USM).

Sementara itu, pelajar yang menerima biasiswa bagi pengajian Sarjana ialah Nurul Syuhadah Yakath Ali (Sains Kemasyarakatan (Ekonomi), USM); Ang Zi Qing (Matematik, USM); Muhammad Afiq Farahi Abd Rahim (Kejuruteraan Aeroangkasa, USM) dan Chow Yoke Yue (Sains Perubatan, UKM).

Sehingga kini, BYDPA telah menaja 161 pelajar, melibatkan 81 pelajar di peringkat PhD dan 80 pelajar di peringkat Sarjana sejak mula diperkenalkan pada 2006.

Turut hadir pada majlis penganugerahan biasiswa itu ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Borhan Dolah dan Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan Jabatan Perkhidmatan Awam, Datuk Dr Zulkapli Mohamed.

Sementara itu, seorang penerima biasiswa PhD, R. Harishini, 25, yang ditemui selepas majlis itu berkata beliau bercadang untuk mendalami kajian mengenai kanser payudara bagi menambah baik rawatan yang terdapat di Malaysia.

“Saya rasa perlunya ada satu kajian mengenai penyakit itu dan saya akan mengkaji cara-cara semula jadi yang boleh dilakukan untuk menghalang pertumbuhan kanser dalam sistem imunisasi badan,” katanya.

Bagi Muhammad Ammar, 24, yang turut menerima biasiswa PhD, peluang itu akan digunakan sebaiknya untuk melakukan kajian yang memberi fokus kepada industri Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang semakin meluas di Malaysia.

“Kajian saya mengenai keberkesanan pembelajaran kepada pelajar menggunakan peralatan realiti maya berbentuk kandungan permainan bagi menarik minat golongan muda untuk belajar,” katanya. - Bernama


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...