> AKTIVITI KAMPUS > [email protected] giat usaha semarakkan minat dan budaya membaca, menulis dalam kalangan warganya
[email protected] giat usaha semarakkan minat dan budaya membaca, menulis dalam kalangan warganya
UNIMAS GLOBAL Jumaat | 5 Julai 2019

KOTA SAMARAHAN - Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) baru-baru ini telah melancarkan Program [email protected] yang disempurnakan Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS, Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie.

Majlis pelancaran telah berlangsung di DETAR Putra, UNIMAS serta dihadiri seluruh warga UNIMAS yang juga turut sama meraikan Program Ngabang Raya UNIMAS.

Program [email protected] adalah selaras aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menyemarakkan Kempen Membaca Kebangsaan bermula 2018 sehingga 2020 seperti dihasratkan Menteri Pendidikan, Dr. Mazlee Malik menjelang Dekad Membaca 2030.

Program [email protected] Peringkat Universiti Malaysia Sarawak dengan slogan 'Enhance Your Knowledge' merupakan satu program yang melibatkan seluruh warga UNIMAS dan juga masyarakat setempat terutamanya sekolah rendah dan sekolah menengah berdekatan di samping turut turut melibatkan pelajar pendidikan khas iaitu pelajar-pelajar kelainan upaya (OKU).

Lebih 21 program santai dan ilmiah telah dijalankan dan bakal dilaksanakan sepanjang 2019 melibatkan semua fakulti dan Pusat Tanggungjawab di UNIMAS.

Tan Sri Sulong menandatangani plak perasmian Program [email protected] di DeTAR PUTRA, UNIMAS baru-baru ini. (FOTO UNIMAS)

Selain itu juga antara kemuncak program [email protected] ialah penyampaian hadiah pertandingan ‘Sapa Champion Juh Nulis Esei 2019’ yang bermula pada 12 Mac hingga 15 Jun lalu.

Pertandingan ini merupakan salah satu inisiatif galakan membaca dan menulis kepada warga UNIMAS untuk berkongsi mengenai gaya hidup mereka melalui pembacaan.

Pemenang bagi pertandingan ini ialah pertama Fallisca Evon Anak Berek dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi; tempat kedua, Muhammad Syazani Suhaimi (Fakulti Bahasa dan Komunikasi) dan ketiga Haji Valentino Abu Bakar (Pusat Khidmat Maklumat Akademik).

UNIMAS akan terus menyokong dan menggiatkan usaha-usaha ke arah menyemarakkan lagi minat dan budaya membaca serta menulis dalam kalangan warganya untuk terus menjadi warga membaca warga berilmu #UNIMASmembaca, ini seiring dengan slogan KPM, #MALAYSIAMEMBACA.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...