> AKTIVITI KAMPUS > Perkasa komunikasi dan bijak bertindak warnai pasukan baharu MMKLK
Perkasa komunikasi dan bijak bertindak warnai pasukan baharu MMKLK
ATHIRAH ALIAS Jumaat | 5 Julai 2019

TANJUNG MALIM - Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK) UPSI telah menganjurkan satu Kursus Pengurusan Organisasi, Majlis Mahasiswa Luar Kampus (MMKLK) 2019/2020 dan Rakan Exco di Kem Herba, Hulu Langat, Selangor. Kursus ini telah dijalankan selama tiga hari iaitu pada 23 hingga 25 Jun 2019.

Tujuan kursus ini dijalankan adalah untuk memantapkan lagi organisasi MMKLK supaya dapat bersaing serta setaraf dengan Majlis Mahasiswa Kolej (MMK) yang lain. Selain itu, melalui kursus ini juga peserta dapat mengenali antara satu sama lain dan mengeratkan silaturahim tidak kira jawatan yang disandang serta latar belakang yang berbeza.

Peserta yang telah berjaya sampai di kawasan air terjun.

Pelbagai aktiviti dalam kumpulan telah dijalankan sepanjang kursus ini berlangsung seperti Ice Breaking, Komunikasi Berkesan dan Kenali Potensi Diri. Pada hari terakhir kursus ini, slot Pelantikan dan Ikrar MMKLK dan Rakan Exco 2019/2020 juga turut diadakan bagi menunjukkan kesungguhan mereka untuk menggalas tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Para peserta juga dapat melakukan aktiviti kembara iaitu berjalan dan memanjat bukit selama empat jam perjalanan untuk ke kawasan air terjun. Melalui aktiviti ini, MMKLK dan Rakan Exco bukan sahaja dapat melihat keindahan alam malah dapat mewujudkan sikap bantu membantu antara satu sama lain.

Pengetua UKLK, Ts Dr Che Ghani Che Kob berkata, setiap organisasi baharu yang dibentuk sangat signifikan bagi melahirkan kumpulan yang bersatu padu dan jelas akan hala tuju. Setiap modul yang dirangka telah menepati objektif dan diharapkan mereka dapat menjalankan tugas dengan sebaiknya.

Peserta sedang menjalankan aktiviti berkumpulan iaitu jambatan bola.

Menurut Yang Dipertua MMKLK 19/20, Muhammad Afif Azman, pemimpin yang baik ialah pemimpin yang sentiasa berfikir secara rasional sebelum melakukan sesuatu tindakan dan mampu mengawal komunikasi secara efektif dengan orang lain.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...