> MLK N.9 > UTeM rangka kerjasama strategik bersama universiti terkemuka China
UTeM rangka kerjasama strategik bersama universiti terkemuka China
MOHD KHAIRULHUSAINI MOHD SAAD Jumaat | 5 Julai 2019

BAGI meluaskan rangkaian kerjasama akademia secara global maka Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus mempergiatkan inisiatifnya dalam mempelbagaikan lagi kerjasama strategik dengan universiti-universiti ternama dari serata dunia.

Selari itu, Pusat Antarabangsa, Pejabat Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, UTeM telah menerima kunjung hormat delegasi Guilin University of Technology (GLUT), China.

Perbincangan dua hala antara UTeM dan GLUT tersebut telah berlangsung di Bangunan Canselori, Kampus Induk UTeM, Durian Tunggal, Melaka, baru-baru ini.

Delegasi lawatan GLUT diketuai Setiausaha Agung (Canselor) GLUT, Prof. Guozhong Li bersama pengurusan tertinggi GLUT yang terdiri daripada Pengarah Pejabat Presiden, Mr. Zhuangdong Tang; Pengarah Sumber Manusia, Prof. Lizhang Xin; Timbalan Dekan Kolej Sains Alam Sekitar dan Kejuruteraan, Prof. Yanhong Li dan Timbalan Pengarah Pejabat Antarabangsa, Dr. Xiaopeng Zhang.

Perbincangan sedang berlangsung antara pihak UTeM dan GLUT. (FOTO UTeM)

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UTeM, Prof. Datuk Ts. Dr. Mohd Razali Muhamad yang mempengerusikan mesyuarat antara UTeM dan delegasi GLUT menyatakan antara inti pati pertemuan tersebut adalah berkisar perbincangan perkara-perkara berkaitan corak dan pengisian kerjasama antara kedua-dua universiti.

Jelas beliau, antara yang disentuh adalah persetujuan untuk menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara kedua buah universiti seterusnya melaksanakan pelbagai program seperti Program Summer Camp yang mana pihak GLUT berhasrat untuk menghantar pelajar mereka ke UTeM bagi mengikuti UTeM Global Outreach Program 2019 bakal diadakan nanti.

Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UTeM, menyerahkan plak penghargaan dari UTeM kepada wakil GLUT. (FOTO UTeM)

Katanya lagi, perbincangan turut menyentuh mengenai program mobiliti pelajar bagi jangka masa pendek dan panjang, program Summer Camp secara timbal balik yang dijangka bermula pada 2020 dan pertukaran staf dalam skop penyelidikan dan pengajaran jangka pendek.

“Turut dibincangkan adalah mengenai visiting scholar sama ada satu, dua atau tiga tahun dengan pembiayaan dana dari wilayah Guilin dengan tumpuan di dalam bidang mekanikal, elektronik, alam sekitar dan IT di samping perbincangan berkenaan double degree program bagi kedua-dua universiti,” ujarnya.

GLUT merupakan sebuah universiti terkemuka terletak di Bandar Guilin, Guangxi, China dengan penawaran program pra-siswazah sebanyak 59 program dan 35 program pasca-siswazah merangkumi pelbagai jurusan seperti Pengurusan, Ekonomi, Seni, Sastera, Kejuruteraan, Sains, Pertanian di samping kursus Bahasa Cina yang direka khas untuk pelajar antarabangsa.

Pihak UTeM dan GLUT bergambar kenang-kenangan selepas tamat perbincangan dua hala bertempat di Kampus Induk UTeM, Durian Tunggal. (FOTO UTeM)


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...