> UTARA > UniMAP tawar program komunikasi media baharu untuk pengamal media pertingkat tahap akademik
UniMAP tawar program komunikasi media baharu untuk pengamal media pertingkat tahap akademik
BERNAMA Sabtu | 6 Julai 2019

KANGAR - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media Baharu secara mod sambilan khusus kepada pengamal media sebagai inisiatif untuk meningkatkan tahap akademik mereka.

Naib Canselornya, Prof Ir Dr R. Badlishah Ahmad berkata program di bawah Pusat Pengajian Pembangunan Insan dan Teknokomunikasi (IKOM) UniMAP diperakukan pada Mesyuarat Senat universiti ke-91 pada 26 Jun lepas.

"Penawaran program ini secara mod sambilan susulan permintaan tinggi pelajar terhadap program komunikasi setiap tahun namun kita hanya akan mengambil 180 pelajar bagi setiap kohort (pengambilan). Kumpulan pertama pengambilan secara mod sambilan ini bagaimanapun tertakluk pada Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT)," katanya kepada pemberita pada program Santai ke Dusun bersama 30 ahli Kelab Media Perlis (KEMPs) anjuran Unit Komunikasi Korporat (UKK) UniMAP di Dusun Genting Nakawan, Bukit Ayer di sini.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMAP, Prof Dr Mohd Foad Sakdan, Ketua Biro Bernama Perlis Zainal Abdul Jalil dan Presiden KEMPs yang juga Ketua Biro Utusan Malaysia Kedah/Perlis, Sharilfuddin Saari.

Menurut Badlishah, kuliah program berkenaan akan dijalankan pada setiap Sabtu dan Ahad manakala tempoh pengajian adalah selama empat tahun.

Katanya syarat kemasukan program tersebut sama seperti pelajar-pelajar perdana lain namun pengamal media yang memiliki pengalaman akan diberi pengecualian berdasarkan penilaian Akreditasi Pengalaman Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Beliau berkata program Komunikasi Media Baharu menawarkan kurikulum pengajian terkini dengan menumpukan pada elemen teknologi baharu dalam tiga komponen utama iaitu komunikasi, media baharu dan keusahawanan. -- Bernama


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...