> > Khairul Hafiz gagal ke separuh akhir Universiade
Khairul Hafiz gagal ke separuh akhir Universiade
BERNAMA Selasa | 9 Julai 2019

KEPULANGAN Khairul Hafiz Jantan ke trek yang dinanti-nantikan tidak seperti yang dijangkakan apabila raja pecut negara itu gagal mara ke separuh akhir Sukan Universiti Dunia (Universiade) di Napoli, Itali.

Dalam pusingan pertama 100 meter lelaki pada petang Isnin (awal pagi Selasa di Malaysia), pelari berusia 20 tahun dari Melaka itu hanya mampu mencatatkan masa 10.70 saat (s), jauh daripada catatan masa terbaik dan rekod kebangsaannya 10.18s untuk menamatkan saingan di tempat keempat pada saringan kedua.

Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) itu menduduki tempat ke-33 daripada keseluruhan 53 pelari pecut.

Khairul Hafiz yang bertanding buat kali pertama selepas berehat tujuh bulan kerana mendapatkan rawatan dan pembentukan fizikal dari Institut Sukan Negara (ISN), menyasarkan untuk mencatat masa bawah 10.40s oleh jurulatihnya Mohd Poad Md Kassim dalam usaha mempertahankan pingat emas Sukan SEA.

Sementara itu, rakan senegara Jonathan Nyepa berjaya mara ke separuh akhir selepas mencatatkan 10.47s untuk menduduki tempat keempat dalam saringan pertama.

Separuh akhir 100 meter lelaki akan berlangsung pada petang Selasa waktu tempatan.

Altet dari Sarawak itu berkongsi tempat ke-15 dengan Adam James Thomas dari Great Britain manakala pelari dari Afrika Selatan, Chederick van Wyk merekodkan masa terpantas 10.29 saat pada pusingan pertama.

Terdahulu, dalam acara 400 meter lelaki, Cheah Yau Chung dan Kwong Kar Jun juga gagal mara ke pusingan seterusnya apabila masing-masing hanya mampu mencatatkan masa 48.37s dan 48.89s.

ARTIKEL BERKAITAN: The Speedy Jantan kembali, bakal tampil pertama kali pada Universiade 2019


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...