> > Malaysia-China setuju tingkat kerjasama bidang TVET
Malaysia-China setuju tingkat kerjasama bidang TVET
BERNAMA Rabu | 10 Julai 2019

BEIJING - Malaysia dan China bersetuju mempertingkat kerjasama dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bagi melahirkan modal insan berkemahiran tinggi bagi membantu peningkatan ekonomi negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, persetujuan itu dicapai ketika mesyuarat dua hala bersama rakan sejawatan, Naib Perdana Menteri, Sun Chunlan bersempena lawatan rasmi empat hari ke negara itu bermula Isnin.

Beliau berkata, antara usaha yang boleh dilakukan termasuk mengalakkan kerjasama strategik bersama syarikat China di Malaysia dengan institusi pengajian tinggi Malaysia dengan kepakaran khusus dalam TVET.

"Saya telah menyarankan agar kerajaan China mengiktiraf lebih banyak universiti tempatan dan universiti asing Malaysia bagi menarik lebih ramai pelajar dan penyelidik China ke Malaysia," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam bidang pertanian dan asas tani, Dr Wan Azizah berkata pihak China bersetuju untuk memperkukuh kerjasama dengan Malaysia dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) pertanian.

"Sun turut menyatakan kesediaan kerajaan China untuk mengimport lebih banyak produk agrikomoditi Malaysia termasuk kelapa sawit dan getah," katanya.

Dalam pada itu, mengenai bidang pengurusan dan pengurangan risiko bencana, Dr Wan Azizah yang juga Pengerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) berkata Malaysia dan China bersetuju untuk berkongsi amalan terbaik, bertukar-tukar lawatan antara pegawai, latihan bersama dan perkongsian ilmu.

Katanya, persetujuan itu dicapai semasa pertemuan beliau bersama Penasihat Negara, Wang Yong yang juga bertanggungjawab terhadap pengurusan bencana di China.

"Kami bersetuju Malaysia dan China mempelopori kerjasama dalam bidang ini terutamanya sains dan teknologi dalam pengurangan risiko bencana," katanya.

Mengulas lanjut, katanya kerajaan China turut bersetuju untuk berkongsi pengalaman dalam penstrukturan semula sembilan jabatan dan agensi kepada sebuah kementerian yang dinamakan Kementerian Pengurusan Bencana yang dilakukan rentetan daripada gempa bumi pada 2008.

Terdahulu dalam sesi berasingan, Dr Wan Azizah berpeluang mengunjungi Masjid Dongsi yang merupakan antara masjid tertua di Beijing berusia lebih 600 tahun yang juga menempatkan ibu pejabat Persatuan Islam Beijing

"Semasa di Masjid Dongsi, saya telah berjumpa dengan Sheikh Hasan Yang Faming, Pengerusi Persatuan Islam Beijing.
"Dalam perbincangan bersama Sheikh Hasan, saya telah memaklumkan bahawa rakyat Malaysia sentiasa berminat dan prihatin terhadap hal ewal masyarakat Islam di negara luar. Justeru itu, lawatan saya ke masjid Dongsi adalah untuk mengetahui lebih lanjut kehidupan masyarakat Islam di China," katanya. - Bernama


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...