> AKTIVITI KAMPUS > JCI Kulim bersama UniMAP eSports Club kongsi kegembiraan dengan orang asli
JCI Kulim bersama UniMAP eSports Club kongsi kegembiraan dengan orang asli
TAN SOK CHEN, UNIMAP Rabu | 10 Julai 2019

BALING - Junior Chamber International (JCI) cawangan Kulim bekerjasama dengan UniMAP eSports Club dan Fairyland Cos Ventures untuk menganjurkan sebuah program amal We Care - Leave No One Behind bertempat di Baling, Kedah.

Keperluan harian seperti beras dan pakaian telah diedarkan dengan harapan dapat meringankan beban penduduk tempatan.

Barangan untuk disumbangkan kepada orang asli.

Menerusi program ini, peserta Miss Auto City 2019 dan seorang pemain violin, Vibrio Pang turut dijemput untuk membuat persembahan kepada kanak-kanak orang asli dan mencerikan suasana.

Presiden UniMAP eSports Club, Tan Sok Chen berjaya mengumpul wang berjumlah RM500 dan diserahkan kepada JCI Kulim.

Menyerahkan sejumlah sumbangan kepada JCI Kulim.

Menurutnya, biarpun jumlah wang tersebut agak kecil tetapi beliau berharap wang tersebut mampu meningkatkan kualiti hidup orang asli tempatan.

Program ini adalah program amal berskala besar yang pertama kali dianjurkan oleh komuniti eSports di Malaysia.

Masyarakat orang asli sedang mencuci di sungai.

Kebanyakan tenaga dan penaja adalah daripada komuniti gaming tempatan.

Moonton Student Leader adalah penaja utama untuk program ini. Penaja master pula ialah Flash Vision Esports dan Women Street Beauty House manakala penaja warrior ialah Genysis Cyber Esports.

Saluran media gaming yang digunakan ialah eGG Network dan My Game On.

Persembahan daripada masyarakat orang asli.

Mereka juga telah memasuki Gua Sireh yang baru sahaja dibangunkan bagi mempromosikan tempat tersebut dengan harapan bahawa lebih banyak orang yang akan melawat tempat tersebut sekali gus memberikan pendapatan kepada penduduk tempatan.

JCI Kulim berharap bahawa lebih banyak orang yang akan menyertai aktiviti amal pada masa yang akan datang.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...