> > 'Kerja 2 minggu dah turun 12 kg!' Dah lah cantik, penuntut ini tak kisah pun kerja heret guni tengah panas, angkut naik atas lori
'Kerja 2 minggu dah turun 12 kg!' Dah lah cantik, penuntut ini tak kisah pun kerja heret guni tengah panas, angkut naik atas lori
NOOR FAZIDAH UMAR Rabu | 10 Julai 2019

TIDAK betah duduk diam dan berehat saja di rumah ketika cuti semester, penuntut ini lebih selesa bekerja sambilan sambil mencari pendapatan sampingan.

Pemilik nama Ku Nur Intan Shahira Ku Arif, 20, atau lebih mesra dikenali dengan nama Intan ini mengakui yang dia sememangnya gemar mencari peluang melakukan kerja sampingan.

Berasal dari Kuala Nerang, Kedah, kini Intan sedang melanjutkan pengajiannya di salah sebuah kolej kemahiran di dalam jurusan Pemakanan.

Dalam kesempatan yang ada ketika cuti semester, jika ada penuntut lain memilih untuk bekerja di tempat berhawa dingin seperti di restoran makanan segera, namun Intan sama sekali tidak memilih kerja.

Bersama rakan-rakan sepengajian.

Baginya, zaman sekarang ini bukan mudah untuk mendapatkan pekerjaan yang kita inginkan.

Menurut Intan yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik yang kesemuanya perempuan, dia pernah bekerja di sebuah tempat pemprosesan cendawan di kampung sebelah.

Kerjanya bukan mudah. Perlukan kudrat yang tinggi seperti tenaga lelaki.

Manakan tidaknya, jika diamati tugasan yang perlu dilakukan seharian di lokasi buatkan kita rasa kagum dengan kekuatan dan semangat yang ada pada dirinya.

"Saya dah biasa buat kerja kampung masa cuti semester. Buat projek kulat. Kerja berat, heret guni tengah panas. Angkat tiap-tiap besi yang dah penuh dengan bekas letak kulat tu.

"Dah lah berat, naik lori. Angkut letak dalam lori. Bawa turun dari lori pulak tengah-tengah panas nun... Kerja dua minggu dah turun 12kg!" jelas Intan ketika dihubungi Kampus Uols.

Bongkah-bongkah yang telah dinaikkan ke atas lori.

Berbekalkan tekad, semangat yang tinggi dan ingin berdikari membuatkan dia mencabar diri dan merasakan yang dia boleh melakukannya walaupun pekerjaan itu agak berat untuk dipikul oleh seorang wanita sepertinya.

"Kalau nak ikutkan, semuanya sukar sebab bergantung juga dengan kudrat seorang perempuan, tapi saya teruskan juga," kata Intan.

Selain daripada memikirkan untuk memudahkannya berbelanja tanpa menyusahkan ibu bapa dan memegang duit sendiri, Intan juga berniat untuk membantu keluarga terutama ibu dan ayahnya yang hanya melakukan kerja kampung.

"Adakala ketika tibanya musim buah dan bulan puasa, kami sekeluarga akan berniaga secara kecil-kecilan," katanya.

Saat ditebak tugasan yang perlu dilakukan Intan selama di tempat pemprosesan cendawan, Intan menyatakan yang kerja itu tidak memakan masa yang lama.

Menyusun bongkah di tempat teduh.
Proses penghasilan cendawan.

"Kerja tu tak lama. Pukul 12.30 tengah hari dah balik. Saya pergi kerja 6.45 pagi dengan kawan. Sampai je di sana, kami kena letak biji benih dalam satu pek bongkah.

"Lepas letak biji benih dalam bongkah, kami ambil bongkah-bongkah tadi dan masukkan dalam besi yang boleh letak 12 bongkah dan angkat untuk dinaikkan ke atas lori. Selepas tu, kami kena bawa naik pulak besi yang ada isi bongkah tu atas tempat yang owner sediakan untuk kumpulkan dan biarkan isi bongkah tu naik putih-putih kat bongkah.

Setelah siap disusun, mereka akan membawa turun bongkah yang sudah mulai naik memutih dan menyusunnya di tempat teduh yang disediakan oleh pemilik sehinggalah menghasilkan cendawan.

Isi habuk kayu dalam guni.

"Selepas kami buat semua tu, kami dibahagikan pula kerja sama ada isikan habuk kayu dalam guni atau pun kerja membungkus di mesin mengikut arahan tauke.

"Dah siap semua, sebelum balik kami diarahkan untuk ambil dan kumpulkan bongkah-bongkah yang dah expired (lebih 6 bulan) dan isikan dalam guni. Kemudian, tarik guni dan baling atas lori untuk buang yang expired tu. Guni tu memang berat Sebab yang expired ni isinya akan basah," terangnya panjang lebar.

Apabila diamati proses-proses yang perlu dilakukan Intan dan rakan sekerjanya, memang agak mencabar dan memerlukan kekuatan fizikal dan juga mental.

Menurut Intan lagi, kerja yang dilakukannya itu kalau diikutkan tiada cuti. Sekiranya mahu bercuti, perlu maklumkan kepada pemilik.

Gaji pula dibayar hari. Jika kerja pada sebelah pagi, pekerja akan dibayar RM25 sehari, manakala kerja pada sebelah petang dibayar bulan yang bermula jam 3.00 petang hingga 6.00 petang dengan bayaran RM15 sehari.

"Kiranya satu hari RM25 ditambah lagi RM15. Dengan jumlah itu, boleh juga kami kumpul berdikit-dikit setiap hari," katanya yang berhasrat ingin membantu keluarganya.

Kampus Uols: Semoga lebih ramai lagi penuntut yang mempunyai semangat juang yang tinggi seperti Intan.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...