> SUKAN > Akur tewas, tapi apa yang pasukan bola sepak UMP ini lalui di Kunming lebih bernilai...
Akur tewas, tapi apa yang pasukan bola sepak UMP ini lalui di Kunming lebih bernilai...
MIMI RABITA, UMP Rabu | 10 Julai 2019

PASUKAN bola sepak Universiti Malaysia Pahang (UMP) berpeluang menimba pengalaman di Kunming China selama 10 hari bagi menyertai 2019 South & South East Asia Student College Culture And Sports Week di Kunming University of Science & Technology (KUST) baru-baru ini.

Seramai 18 orang pemain dipilih beraksi ke kejohanan ini bagi membuat persediaan dan latihan untuk menghadapi beberapa kejohanan yang bakal disertai sepanjang 2019 dan 2020 nanti dengan diiringi jurulatih pasukan, Mohd Farid Md Ali.

Kejohanan menyaksikan pasukan UMP FC berjaya menundukkan pasukan Vietnam National University (VNU) dengan jaringan 4-2 dan seri dengan pasukan Myanmar Mandalay University (MU) dengan jaringan 1-1.

Namun, UMP FC terpaksa akur dengan kekalahan apabila tewas kepada Yunnan Normal University China (YNU) 0-4 dan 0-2 kepada Souphannouvong University Laos.

Sebelum memulakan perlawanan. (FOTO UMP)

Bagi pengurus pasukan, Abu Sufian Mokhtar berkata, selain daripada memperoleh pengalaman dalam bola sepak, mahasiswa UMP memperoleh banyak pengalaman lain termasuklah merasai suasana pembelajaran di KUST, budaya masyarakat setempat dan juga merasai sendiri 'campus life' di sana.

Manakala bagi Mohd Farid, peluang menimba pengalaman beraksi bersama pasukan lebih berpengalaman di peringkat antarabangsa ini sangat berharga dalam membantu mematangkan para pemain sekali gus dijadikan bekalan bagi menghadapi beberapa kejohanan di peringkat domestik pada masa akan datang.

Sebahagian aksi pemain pasukan bola sepak UMP di kejohanan berkenaan. (FOTO UMP)

Pihaknya juga merakamkan penghargaan terima kasih kepada pihak universiti yang telah memberi peluang buat atlit UMP menimba pengalaman di peringkat lebih tinggi.

Program anjuran Pusat Sukan dan Kebudayaan ini mendapat kerjasama pihak Pejabat Naib Canselor, Pejabat Antarabangsa dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA). Kejohanan tahunan anjuran KUST ini adalah daripada program pertukaran pelajar antarabangsa dan mobiliti mereka yang telah memasuki tahun ke-5 penganjuran.

Selain daripada memperoleh pengalaman beraksi dengan pasukan terbaik dan berpengalaman di pentas Asia dan Asia Tenggara, para pemain UMP juga dapat menimba pengalaman menjalani ibadah puasa dan menyambut Aidilfitri di Kunming, China.

Pasukan yang menyertai kejohanan berkenaan. (FOTO UMP)

Mereka turut dijemput oleh Jeneral Konsulat Malaysia di Kunming untuk menyambut Aidilfitri di Rumah Malaysia pada Hari Raya kedua dengan sambutan yang meriah. Malahan berpeluang melawat tempat menarik di sekitar Kunming seperti Green Lake,Golden Temple serta menunaikan solat di Masjid Yongning yang telah dibina sejak Dinasti Yuan.

Turut sama bersama pasukan di Kunming ialah Pengarah Pejabat Antarabangsa UMP, Dr.Nik Aloesnita Nik Alwi dan Timbalan Pengarah Pejabat Antarabangsa UMP, Dr.Mohd Azmir Mohd Azhari.

Dr.Nik Aloesnita (tengah) dan Dr.Mohd Azmir bersama pasukan UMPFC di Kunming China. (FOTO UMP)


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...