> > 20 info tentang Tun Dr. Mahathir
20 info tentang Tun Dr. Mahathir
WARTAWAN KAMPUS UOLS Rabu | 10 Julai 2019

Hari ini rakyat Malaysia berbangga kerana dapat meraikan hari lahir tokoh terkemuka negara, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang genap usia 94 tahun pada hari ini (10 Julai). Ternyata figura yang menjadi idola dan kesayangan rakyat ini bukan calang-calang orangnya.

Terkenal dengan sikapnya yang tegas terutama di pentas antarabangsa apabila berdepan isu-isu semasa, sedikit pun tidak membuatkan pemimpin yang menerajui kepimpinan negara buat kali kedua ini gentar biarpun berdepan dengan kuasa besar seperti Amerika Syarikat.

Berikut disertakan info berkenaan diri Tun Mahathir mungkin ramai yang tak tahu.

1.Tun Dr. Mahathir Mohamad atau cukup dikenali dengan gelaran Tun M dilahirkan pada 10 Julai 1925 di No. 18, Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.

2.Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak, Alor Setar, Kedah dan kemudiannya menyambung pengajian di Government English School (GES) (kini Kolej Sultan Abdul Hamid), Alor Setar pada tahun 1932.

3. Sewaktu semua sekolah ditutup di era Pendudukan Jepun di Tanah Melayu, beliau telah membuka kedai kopi secara kecil-kecilan dan kemudiannya berniaga dan setelah Perang Dunia II tamat, beliau sambung belajar di sekolah yang sama sehingga peroleh Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia.

4.Seterusnya menuntut di Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti Malaya, Singapura, dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) pada tahun 1953. Beliau ditugaskan sebagai doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang.

5.Pada tahun 1957, beliau berhenti daripada perkhidmatan kerajaan untuk membuka kliniknya sendiri iaitu MAHA Klinik yang terletak di Jalan Tunku Ibrahim. Ketika itu, beliau merupakan anak Melayu pertama yang membuka klinik persendirian di Alor Setar yang pada ketika itu terdapat lima buah klinik sahaja. Klinik ini kemudiannya berpindah ke 1587, Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar dan kekal sehingga sekarang.

6.Selain seorang doktor dan ahli politik di Malaysia (Ahli Parlimen Langkawi), beliau pernah menjadi Perdana Menteri ke empat selama 22 tahun (1981-2003) dan menjadi Perdana Menteri buat kali kedua bagi memegang tampuk kepimpinan ke tujuh.

7.Dalam buku A Doctor in the House, Dr Mahathir menyatakan tarikh lahir sebenarnya ialah 10 Julai 1925, tetapi bapanya mendaftarkan tarikh lahir dalam sijil kelahiran sebagai 20 Disember untuk memudahkan urusan pendaftaran persekolahan.

8.Menggunakan nama timangannya sendiri, Che Det sebagai nama pena, beliau banyak menulis dengan artikel pertamanya disiarkan oleh akhbar The Straits Times Singapura pada 20 Julai, 1947 bertajuk “Malay Women Make Their Own Freedom” (Wanita Melayu Mencipta Kebebasan Sendiri).

9.Usaha Tun Mahathir yang paling diingati masyarakat Malaysia dan antarabangsa adalah ketika membawa Malaysia keluar dari Krisis Kewangan Asia 1997 bilamana beliau telah menolak cadangan dan juga dana bantuan daripada IMF yang beliau sifatkan akan memburukkan lagi krisis.

10.Beliau diberi gelaran sebagai ‘Bapa Pemodenan Malaysia’ kerana berjaya membangunkan Malaysia menjadi sebuah negara industri baru yang disegani di kalangan negara-negara membangun.

11.Beliau pernah berkhidmat sebagai Canselor Universiti Teknologi Petronas (UTP) dari tahun 2004 hingga 2016.

12.Antara negara-negara membangun dan Islam, Mahathir umumnya dihormati, terutamanya bagi pertumbuhan ekonomi yang agak tinggi di Malaysia dan juga untuk sokongan beliau terhadap nilai-nilai Islam liberal.

13.Menjadikan ibunya, Allahyarham Wan Tempawan Wan Hanapi sebagai insan yang banyak mempengaruhi hidupnya yang membawa kejayaan pada hari ini.

14.Di kala usia 94 tahun, Tun Mahathir masih bersemangat dan bertenaga. Ini kerana beliau amat menjaga pemakanan dan berat badan serta sentiasa beraktif.

15.Waktu lapang banyak diisi dengan aktiviti membaca dan menulis serta melakukan sedikit senaman.

16.Menjadikan Nelson Mandela dan Czar Rusia Peter the Great sebagai pemimpin contoh.

17.Antara penyanyi tempatan yang menjadi kegemaran Tun Mahathir adalah Datuk Seri Siti Nurhaliza.

18.Antara kopi dan teh, beliau lebih menyukai kopi.

19.Menjadikan Jepun sebagai negara yang paling beliau kunjungi.

20.Pada usia 94, beliau kini merupakan Perdana Menteri Malaysia yang tertua dan ketua kerajaan tertua di dunia. Selamat hari lahir Tun Dr. Mahathir!

(sumber: Wikipedia dan Astro Awani)


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...