> AKTIVITI KAMPUS > Setiausaha Kerajaan Melaka bakal menyempurnakan istiadat konvokesyen PMM ke-18
Setiausaha Kerajaan Melaka bakal menyempurnakan istiadat konvokesyen PMM ke-18
ROZER MASUDIN, PMM Khamis | 11 Julai 2019

MERLIMAU – Sebagai tradisi tahunan, Politeknik Merlimau, Melaka (PMM) sekali lagi pada tahun ini bakal menganjurkan istiadat konvokesyen PMM yang ke-18 yang mana bakal disempurnakan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Hasim Hasan.

Pengarah PMM, Rosli Hamid berkata pada bulan Jun lepas delegasi PMM yang terdiri daripada beliau sendiri dan ditemani Timbalan Pengarah (Akademik), Rosita Zainal dan Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik), Mohamad Nazri Ismail serta Jawatankuasa Istiadat Konvokesyen telah membuat kunjungan hormat ke pejabat Setiausaha Kerajaan bagi membuat menjemput secara rasmi.

“Alhamdulillah, dalam kunjungan hormat tersebut telah berlangsung dengan jayanya di mana YB Setiausaha telah menyatakan persetujuan beliau untuk hadir bagi merasmikan sidang pertama pada 13 Julai 2019 bertempat di Dewan Platinum, Politeknik Merlimau,” katanya ketika ditemui.

Datuk Hasim (kiri) menerima cenderamata daripada Rosli semasa kunjungan ke Pejabat SUK di Seri Negeri.
Tambah beliau, istiadat pada kali ini bakal meraikan seramai 1430 graduan iaitu bagi sesi Disember 2017 dan Jun 2018. Graduan terdiri daripada Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Perdagangan dan Jabatan Pelancongan & Hospitaliti. Berlangsungnya Istiadat Konvokesyen kali ke-18 ini menjadikan graduan keseluruhan yang dilahirkan oleh Politeknik Merlimau sejak 17 tahun penubuhannya adalah seramai 23,010 graduan.

Bagi sidang kedua, bakal disempurnakan Pengarah Kanan (Akademik), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Zainab Ahmad, yang bakal berlangsung pada sebelah petang, 13 Julai 2019. Manakala untuk hari yang kedua, sidang ketiga akan disempurnakan Presiden Transair Corporation Sdn Bhd, Datuk Sri Dr Muhamad Rosli Che Wan, dan sidang ke-4 pula ialah Exco Pendidikan, Modal Insan, Sains dan Inovasi Negeri Melaka, Noor Effandi Ahmad.

Konvokesyen PMM pada kali ini berlangsung selama 2 hari di Dewan Platium, Politeknik Merlimau yang akan turut dihadiri oleh para ibu bapa graduan serta bakal dimeriahkan dengan pesta konvokesyen tiga hari bermula 12 Julai 2019.

Pesta konvo atau lebih dikenali sebagai Pesko’18 bakal diserikan dengan beberapa aktiviti seperti Pertandingan Mewarna & Sukaneka Kanak-Kanak Tadika, Malam Kerohanian bersama PU Azman, Mini Konsert Pesko'18, Beyblade Battle, Pertandingan Who Is The Next Chef? dan pelbagai aktiviti lain.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...