> > Gagal dapat kerja pensyarah ada hikmahnya! Graduan mikrobiologi perubatan ini dipelawa buka makmal tisu kultur cendawan
Gagal dapat kerja pensyarah ada hikmahnya! Graduan mikrobiologi perubatan ini dipelawa buka makmal tisu kultur cendawan
BERNAMA Khamis | 11 Julai 2019

KOTA BHARU - Kegagalan memohon jawatan pensyarah dan pembantu penyelidik di sebuah universiti tempatan tidak mematahkan semangat graduan Sarjana Mikrobiologi Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang beralih arah mengusahakan makmal tisu kultur cendawan.

Malahan berkat kegigihannya Nurul Adani Sanusi, 29, dari Kampung Kubang Kacang, Tiong dekat sini kini dilantik sebagai pembekal benih dan bongkah cendawan kepada pengusaha cendawan di Kelantan dan Terengganu melalui Koperasi Usahawan Cendawan Kelantan Berhad (KOKULAC).

Tinjauan Bernama ke makmal Nurul Adani di sini menampakkan kesungguhan beliau dalam usaha menjadikan cendawan sebagai tanaman yang mampu memberi keuntungan lumayan kepada pengusahanya.

Nurul Adani Sanusi menunjukkan benih generasi pertama kulat tiram kelabu (kanan) dan benih generasi kedua kulat tiram kelabu (kiri) yang diusahakan di makmalnya. (Foto: Bernama)

Menceritakan pembabitan beliau dalam perniagaan cendawan ini, Nurul Adani berkata ia bermula ketika beliau mengikuti kursus penanaman cendawan dengan KOKULAC di makmal benih cendawan KOKULAC di Kubang Kerian.

Nurul Adani berkata semasa sesi suai kenal bersama fasilitator yang juga Pengerusi KOKULAC, Hasmi Hassan, beliau dipelawa membuka sebuah makmal membuat benih cendawan tiram kelabu kerana mempunyai latar belakang dalam bidang bioperubatan.

"Saya menerima baik cadangan membuat tisu kultur cendawan tiram kelabu untuk dijadikan benih dan seterusnya mengikuti kursus pembuatan benih.
"Setiap kali pulang dari kursus, saya berbincang dengan keluarga sebelum mengambil keputusan untuk cuba menanam cendawan tiram,” katanya.

Beliau berkata untuk permulaan, sebanyak 500 bongkah cendawan dibeli dan menjadikan kawasan bawah rumahnya sebagai tapak ujian awal.

"Saya lihat ada cahaya di hujung terowong jika saya teruskan usaha di bidang ini walaupun ia satu bidang yang berlainan daripada apa yang dipelajari dan pengalaman mengendalikan urusan dalam makmal perubatan memberikan kelebihan untuk saya merebut peluang yang ada di hadapan,” katanya.

Mengenai makmal tisu kultur cendawannya, Nurul Adani berkata ibunya Noreha Abdul Majid, 56, memberikan modal RM10,000 untuk membangunkan makmal berukur 10x10 meter itu serta membeli peralatan yang diperlukan termasuk meja kedap udara luar bagi mengelak pencemaran persekitaran agar tidak diserang mikro organisme dan kulat.

Mengambil tisu cendawan tiram kelabu untuk penyediaan benih cendawan mengunakan kaedah زlow cost low techس di makmalnya di Kampung Pelet, Tiong ketika ditemui baru-baru ini. (Foto: Bernama)

Katanya tisu yang dikultur di atas plat mengambil masa dua minggu sebelum boleh dipindahkan ke medium benih seperti biji jagung dan gandum.

Melihat benih generasi kedua kulat tiram kelabu, yang diusahakan di makmalnya di Kampung Pelet, Tiong. (Foto: Bernama)

Beliau berkata, tisu yang dikultur akan dijual kepada pembeli sama ada terus dari plat atau menggunakan medium mengikut permintaan tetapi kebiasaannya pembekal lebih berminat membeli benih yang sudah dipindahkan ke medium kerana harga murah dan kuantitinya juga banyak.

Nurul Adani berkata, beliau menjual benih dalam plat pada harga RM30 setiap satu dan semua benih yang dicambah di makmalnya mendapat sambutan hangat daripada pembekal. -- Bernama


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...