> > Gadis 'rapper' berbaju kurung ini tarik perhatian dunia, jadi sebutan dalam The New York Times dan Bloomberg!
Gadis 'rapper' berbaju kurung ini tarik perhatian dunia, jadi sebutan dalam The New York Times dan Bloomberg!
NORHAFIZA MUSA Khamis | 11 Julai 2019

SIAPA sangka, gadis berbaju kurung lengkap serta bertudung ini mampu menyampaikan bait-bait lagu rap, hingga menarik minat ramai pihak termasuk negara luar.

Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari Jailani, 19, berjaya menempatkan namanya dalam satu artikel The New York Times dan dalam sebuah video daripada Bloomberg.

Dikenali dengan nama panggilan Bunga, ditonjolkan sebagai antara penyanyi rap baru yang memberi inspirasi kepada generasi muda lain yang juga berhijab.

Sementara itu dalam laporan ABC News pula, Bunga berkata, pada mulanya dia tidak menganggap akan memilih kerjaya dalam muzik.

Gadis berasal Perak ini pada mulanya mengimpikan mahu mejadi ahli politik atau peguam dan kini memberi inspirasi kepada generasi muda lain yang juga berhijab.
"Impian awal saya adalah menjadi ahli politik atau peguam," kata rapper berusia 19 tahun kepada The Associated Press sebelum pertunjukan pertamanya di Singapura untuk perayaan seni Melayu 'Pesta Raya' hujung minggu lalu.

Berasal dari Perak, dia menjadi popular selepas video pertunjukannya mengenakan baju kurung dalam pertandingan rap tempatan menjadi bualan pada November lalu.

Walaupun dia adalah satu-satunya wanita pada majlis itu, bagaimanapun dia tidak menonjol.

"Apabila saya sampai di tempat (pertandingan) saya memakai pakaian biasa.
"Pada saat-saat akhir, saya membeli baju kurung dari tempat sendiri," katanya

Popularitinya pula melonjak pada awal tahun ini ketika dia dijemput membuat persembahan di "16 Baris" yang juga kedai gunting rambut yang dihoskan Joe Flizzow di kedai miliknya itu.

Bunga (tengah) ketika melakukan persembahan di '16 Baris' yang dihoskan oleh Joe Flizzow.

Malah sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 1.4 juta views sejak Mac lalu.

Acara itu menampilkan bakat-bakat yang datang dari Asia Tenggara, termasuk NOKI dan Wo Shi Jay.

Kata Bunga, dia mengetengahkan kehidupan peribadinya, pengalamannya dibuli, menghadapi cinta, dan bekerja di sebuah kedai gajet' dalam nyayiannya.

Dia juga memberi nasihat kepada gadis-gadis melalui rapnya, menjauhkan diri daripada 'kelucuan' dan perkauman.

"(Sebagai rapper wanita) tidak bermakna saya perlu bertindak seperti kanak-kanak lelaki atau bercakap tentang samseng," kata Bunga.

Tetapi rapping dalam pakaian tradisional datang dengan cabarannya sendiri.

"Kami tidak boleh melompat begitu banyak (apabila) memakai baju kurung," kata Bunga.

Selain itu, kongsinya, cabaran lain juga perlu sedia menghadapi kritikan.

Bunga berkata, dia telah dikritik kerana 'merendahkan imej wanita' dan martabat wanita berjilbab.

Keratan akhbar yang memaparkan impian Bunga di dalam The New York Times.

Dia juga tidak menghalang dan gadis ini adalah 'bukti hidup' bahawa wanita boleh menjadi seorang rapper yang didominasi lelaki.

"Saya telah menyedari bahawa terdapat lebih ramai yang berhijab mahu menjadi rapper, saya fikir ia adalah perkara (yang) baik kerana anda tidak perlu risau tentang apa (yang) dikatakan oleh orang lain," katanya.

Bunga juga mempunyai impian besar, mahu membuat banyak lagu, mahu mengeluarkan album dan ingin pergi ke seluruh dunia.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...