> SEL KL > Datuk Dr Mohd Daud Bakar dilantik sebagai Presiden UIAM yang baharu
Datuk Dr Mohd Daud Bakar dilantik sebagai Presiden UIAM yang baharu
ROSLAN RUSLY, UIAM Khamis | 11 Julai 2019

GOMBAK - Ketua Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah memberi perkenan atas perlantikan Datuk Dr. Mohd Daud Bakar sebagai Presiden UIAM yang kelapan selama tiga tahun berkuatkuasa 1 Julai 2019.

Beliau juga merupakan bekas Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar) sejak tahun 2002 hingga 2005.

Memulakan kerjaya sebagai pensyarah pada tahun 1989, beliau mempunyai pengalaman yang luas mengenai persekitaran UIAM memandangkan beliau juga pernah menjadi pensyarah di UIAM.

Memegang jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia(YaPEIM), beliau juga banyak menganggotai Badan Penasihat Syariah institusi kewangan Islam di dalam dan di luar negara.

Dr. Mohd Daud turut mengasaskan syarikat khidmat nasihat kewangan Islam iaitu Amanie Advisors.

Pada 2014, Dr. Mohd Daud dianugerahkan gelaran “Tokoh Perdana Anugerah Maulidur Rasul” oleh Yang di-Pertuan Agong sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan.

Terdahulu, beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sg Korok Baru, Alor Star, Kedah (1970-1976), Maktab Mahmud (1977-1979) dan Kolej Islam Klang (1980-1983).

Kemudian, Dr. Mohd Daud melanjutkan pengajian dalam bidang Syariah di University of Kuwait (1983-1988) dan seterusnya memperoleh Ph.D dari University of St Andrews, United Kingdom (1990-1993).

Beliau juga berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Jurisprudens di Universiti Malaya, Kuala Lumpur (1996-2002).

Sepanjang dua dekad dan hinggalah ke hari ini, Dr. Mohd Daud kian aktif dan menjadi antara pendokong terbilang kewangan Islam.

Menerusi pelantikan ini juga, beliau boleh memberi khidmat nasihat dalam pembangunan UIAM ke arah menjadikan Universiti ini dihormati oleh masyarakat dalam negara dan antarabangsa.

Ini sejajar dengan kehendak pemegang taruh UIAM yang terdiri daripada ahli negara-negara OIC khususnya dan negara lain amnya.

Jawatankuasa Pengurusan Universiti (UMC), kakitangan akademik dan pentadbiran serta seluruh penuntut UIAM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Datuk Dr. Mohd Daud Bakar atas pelantikan sebagai Presiden UIAM yang baharu.

Pihak Universiti juga menyampaikan penghargaan dan terima kasih kepada YB Dr. Maszlee Malik atas sumbangan dan jasa beliau kepada UIAM ketika menerajui UIAM sebagai Presiden ke-7 yang lalu.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...