> SUKAN > Russel dan Muhammad Aqil dilarang bertanding dalam acara 200m di Universiade
Russel dan Muhammad Aqil dilarang bertanding dalam acara 200m di Universiade
BERNAMA Khamis | 11 Julai 2019

KUALA LUMPUR - Dua atlet negara, Russel Alexander Nasir Taib dan Muhammad Aqil Yasmin tidak dibenarkan bertanding pada acara 200 meter (m) pada Sukan Universiti Dunia (Universiade) di Napoli, Itali, tanpa alasan yang tidak diketahui, pada Rabu.

Russel, pemegang rekod 200m negara, beralih ke media sosial Facebook untuk memohon maaf kepada keluarga, rakan-rakan dan peminatnya, selepas tidak dibenarkan masuk ke bilik panggilan kerana namanya tidak dalam senarai permulaan.

“Saya tidak dapat menjelaskan alasan teknikal di sebalik insiden ini kerana masih tidak jelas mengenai keputusan itu. Oleh itu saya akan menahan diri daripada membuat kenyataan yang salah tetapi boleh mengatakan kedua-dua nama saya dan rakan senegara saya tiada dalam senarai mula untuk acara saringan 200m.
“Sejak jam 8 malam tadi (2 pagi waktu Malaysia), saya cuba mencari sebab nama saya tidak dalam senarai mula dan cuba membetulkan sebarang kesilapan yang telah dibuat. Bagaimanapun, ketika masuk ke bilik panggil pagi ini, saya dilarang masuk ke trek utama untuk bertanding kerana nama saya tidak tersenarai.

“Nota: Saya tidak membuat sebarang andaian buat masa ini mengenai siapa yang buat silap,” katanya dalam hantaran di Facebooknya.

Russel Taib (Sumber IG Russel)

Katanya, beliau berusaha keras untuk ke pertandingan tersebut dan apabila insiden ini berlaku, ia amat mengecewakan.

“Saya memohon maaf kepada pihak yang membantu untuk saya ke pertandingan ini (keluarga, kumpulan latihan dan jurulatih) kerana tidak dapat mewakili mereka serta negara dan mengecewakan penyokong olahraga Malaysia,” katanya.
“Saya menyasarkan pertandingan ini lebih 12 bulan dengan memperbaiki catatan masa terbaik semusim 22.0 saat (s) pada awal 2018 sehingga catatan kini 20.77s untuk acara ini (masa kelayakan 20.97s),” katanya atlet berusia 21 tahun itu.

Berikutan kejadian itu, Russel dan Muhammad Aqil kini berlatih untuk acara 4x100m bersama juara 100m Sukan SEA 2017, Khairul Hafiz Jantan dan Jonathan Nyepa, Jumaat ini.

Muhammad Aqil (Sumber Internet)

Russel, pemenang pingat gangsa Kejohanan Remaja Asia 2015 yang kini berpangkalan di Queensland, Australia, mencatat rekod kebangsaan 200m selepas melakukan catatan 20.77s ketika meraih pingat perak kejohanan Trek Klasik Queensland, Australia, 23 Mac lalu.

Masa tersebut memadam rekod milik Khairul Hafiz Jantan, 20.90s yang dilakukan pada Terbuka Malaysia 2017.- BERNAMA

*Russel merupakan siswa Ijazah Psikologi Sukan di University of The Sunshine Coast, Queensland Australia sementara Muhammad Aqil ialah penuntut Diploma Sains Sukan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...