> SEL KL > Pengangguran belia fenomena biasa di negara membangun, maju: PM
Pengangguran belia fenomena biasa di negara membangun, maju: PM
SITI NURSYAHIDAH ABU BAKAR Khamis | 11 Julai 2019

KUALA LUMPUR - Kadar pengangguran dalam kalangan belia berumur 15 hingga 24 tahun adalah fenomena biasa dihadapi oleh negara membangun dan maju di dunia.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ini kerana golongan ini dikatakan berada dalam proses transisi daripada alam pembelajaran kepada realiti pasaran pekerjaan.

"Antara faktor yang dikenal pasti menyumbang kepada pengangguran belia di Malaysia ialah ketidakcukupan kemahiran atau pendidikan, kekurangan pengalaman bekerja dan ketidakpadanan kemahiran.
"Di samping itu, belia juga dituntut memantapkan jati diri dan sikap agar menepati ciri-ciri pekerja yang dicari oleh majikan iaitu yang komited, rajin, berdaya tahan, kerja berpasukan, berkeinginan untuk belajar, kebolehan bekerja di bawah tekanan dan bersikap proaktif," katanya ketika waktu pertanyaan-pertanyaan menteri di sesi Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Ma'mun Sulaiman (Warisan-Kalabakan) yang ingin tahu langkah diambil kerajaan untuk mengurangkan kadar pengangguran belia dan membantu golongan itu mendapatkan pekerjaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tun Mahathir mahu belia tepati ciri-ciri dicari majikan dalam usaha kurangkan pengangguran

Menurut Dr Mahathir, kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha untuk membantu belia mendapatkan pekerjaan.

Ini termasuklah menyediakan portal perkhidmatan pekerjaan JobsMalaysia; mewujudkan pusat sehenti menggabungkan agensi seperti JobsMalaysia, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Pembangunan Sumber Manusia Berhad dan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) dan mewujudkan program Graduates Enhancement Programme For Employability (GENERATE).

Usaha-usaha lain ialah memperkemaskan dan memperluaskan program perantisan dan latihan industri, melaksanakan program Structured Internship Programme (SIP) yang diterajui Talent Corp dan mengukuhkan dan memperkasakan Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) melalui pelbagai program dan kerjasama bagi mengurangkan jurang ketidakpadanan kemahiran dengan keperluan industri.

"Kesimpulannya, kerajaan dari semasa ke semasa akan menambah baik langkah-langkah sedia ada dan akan mewujudkan lebih banyak program atau mekanisme bagi membantu rakyat mendapatkan pekerjaan dan mengurangkan kadar pengangguran negara," kata Dr Mahathir.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...