> TIP SIHAT > Pengambilan minuman bergula dikaitkan dengan risiko kanser
Pengambilan minuman bergula dikaitkan dengan risiko kanser
TERJEMAHAN SINAR HARIAN Khamis | 11 Julai 2019

PARIS - Pengambilan minuman bergula seperti soda dan jus buah-buahan dikaitkan dengan risiko tinggi mendapat beberapa jenis kanser, lapor penyelidik.

Tabiat pengambilan minuman bergula semakin meningkat di seluruh dunia dalam tempoh beberapa dekad kebelakangan ini dan minuman berkalori tinggi tersebut dikaitkan dengan peningkatan risiko obesiti yang juga faktor risiko utama mendapat kanser.

Sepasukan penyelidik di Perancis mengkaji kaitan antara peningkatan pengambilan meminum bergula dan risiko keseluruhan kanser, termasuk beberapa jenis kanser seperti kanser payudara, prostat dan usus.
Mereka menjalankan survei terhadap lebih 100,000 orang dewasa dengan purata umur 42 tahun dan 79 peratus daripada mereka adalah wanita.

Peserta yang diikuti selama sembilan tahun maksimum, menjawab sekurang-kurangnya dua soal selidik diet atas talian yang dijalankan selama 24 jam, mengira pengambilan harian gula dan minuman gula tiruan serta jus buah-buahan.

Penyelidik mengira jumlah pengambilan harian minuman bergula dan minuman diet lalu membandingkan mereka dengan kes kanser dalam rekod perubatan peserta ketika tempoh susulan.

Mereka mendapati hanya dengan peningkatan 100 mililiter minuman bergula sehari dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser sebanyak 18 peratus dan 22 peratus peningkatan dalam kanser payudara.
Kedua-dua minuman manis dan jus buah-buah menampakkan peningkatan risiko yang sama.

Ketika sesi susulan, penyelidik mendapati 2,193 kes kanser telah didiagnosis pada usia purata 59 tahun.

Penulis kajian yang diterbitkan dalam jurnal perubatan BMJ itu menekankan kerja mereka adalah berdasarkan pemerhatian dan tidak boleh mewujudkan punca prognosis kanser.

Penyelidik mencadangkan berdasarkan kajian mereka, mengenakan cukai terhadap produk bergula mampu memberi impak signifikan terhadap kadar kanser.

"Kajian besar dan dirancang dengan baik ini menambah kepada bukti sedia ada bahawa pengambilan minuman bergula boleh dikaitkan dengan peningkatan risiko beberapa jenis kanser," kata Graham Wheeler, ahli statistik kanan Penyelidikan Kanser United Kingdom. - AFP


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...