> > Bukan saja-saja ke pantai, sebaliknya ada cinta yang 38 penuntut Unisel ini cari...
Bukan saja-saja ke pantai, sebaliknya ada cinta yang 38 penuntut Unisel ini cari...
MAHADHIR, UNISEL Khamis | 11 Julai 2019

SERAMAI 38 penuntut dan dua pensyarah iringan dari Universiti Selangor (Unisel) telah hadir ke Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu, Segari, Perak bagi menjalankan Program Pemuliharaan Ekosistem Marin pada 22 Jun lalu.

Program sehari itu turut menarik minat Belia Manjung Perak untuk bekerjasama dengan pelajar UNISEL bagi menjayakannya.

Tujuan program ini diadakan bagi memberi peluang kepada penuntut Unisel untuk belajar mencintai alam sekitar, sekali gus berpeluang beramah mesra bersama masyarakat luar dan dapat merapatkan silaturahim antara penuntut universiti dan masyarakat setempat.

Kesemua pelajar UNISEL bekerjasama dengan Belia Manjung Perak dalam Program Pemuliharaan Ekosistem Marin di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu, Segari, Perak. (FOTO UNISEL)

Aktiviti yang dijalankan sepanjang program berlangsung ialah pembersihan kawasan sekitar dan kolam-kolam penyu di Pusat Konservasi dan pada waktu petang pula, peserta melakukan aktiviti pembersihan pantai dan akhir sekali perlepasan anak penyu di Pantai Pasir Panjang, Segari.

Sebelum itu, peserta diberikan taklimat terperinci tentang biodiversiti penyu dan cabaran semasa bagi penyu di Malaysia yang telah memberi kesedaran tentang kepentingan pemuliharaan biodiversiti dan penjagaan alam sekitar.

Sebahagian pelajar UNISEL bergotong-royong membersihkan pantai pada Program Pemuliharaan Ekosistem Marin di Pantai Pasir Panjang, Segari, Perak. (FOTO UNISEL)

Menurut pengarah program, Mahadhir Ghazali, kesemua penuntut merupakan yang mengambil subjek Khidmat Masyarakat di bawah seliaan Dr Norazah yang nyata melahirkan rasa sangat gembira kerana dapat melaksanakan tanggungjawab mengekalkan kebersihan ekosistem marin yang semakin terancam di samping dapat mengenali spesies penyu yang berada di Malaysia dan dapat pengalaman manis kerana merasai pelepasan anak penyu ke lautan.

Melakukan pelepasan anak penyu... (FOTO UNISEL)

Penuntut juga telah menyerahkan sumbangan dana kepada Persatuan Pencinta Penyu Ipoh Perak sebagai menyokong usaha memelihara khazanah laut tersebut.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...