> KELANTAN > Jasad penuntut Politeknik Kota Bharu, janin kebumi dalam satu liang lahad
Jasad penuntut Politeknik Kota Bharu, janin kebumi dalam satu liang lahad
SAPINAH AB GHANI Khamis | 11 Julai 2019

JELI - Mangsa kemalangan maut di Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang berhampiran Kampung Berangan Apam, Lubok Jong, Nur Syafiqah Jaafar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Mat Kechun Ayer Lanas di sini kira-kira jam 8.30 malam.

Ibunya, Halimah Ahmad, 52, berkata, jenazah anak ketujuh daripada sebelum itu di sembahyangkan di Masjid Al- Abrar Mukim Ayer Lanas sebaik tiba dari Hospital Lati, Pasir Mas.

"Alhamdulillah urusan pengebumian selamat dilakukan, arwah dikebumikan dalam satu liang lahad bersama kandungannya.
"Suaminya dikebumikan di kampung keluarganya di Tumpat," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di tanah perkuburan berkenaan di sini hari ini.

Dalam kejadian kira- kira jam 6.30 pagi tadi, Nur Syafiqah, 22, penuntut Politeknik Kota Bharu yang mengandung lima bulan tercampak sejauh tujuh meter sebelum maut di tempat kejadian selepas menunggang motosikal bersama suaminya, Mohd Ikraam Ab Azit, 22.

Mengulas lanjut, Halimah berkata, Nur Syafiqah merupakan anak yang baik dan mudah mesra serta disenangi semua adik- beradik.

"Kami reda dengan apa yang berlaku, kerana semuanya adalah pinjaman dari ALLAH, sampai masa ia diambil semula.
"Memang ketiadaannya sangat dirasai walaupun ramai lagi anak lain, tapi setiap anak ada keistimewaannya," katanya.

Halimah berkata, dia lega apabila dapat menunaikan impian Allahyarham untuk memilik rantai leher.

"Jumaat lepas saya sempat tunaikan hasrat arwah dengan hadiahkan rantai leher sebagaimana diinginkan sebelum ini," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Penuntut tahun akhir terbabit kemalangan maut, suaminya dan anak dalam kandungan turut meninggal


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...