> ISU > Makcik kantin berswafoto dengan kain batik setiap kali tiba di puncak, ini pendedahan sebenar
Makcik kantin berswafoto dengan kain batik setiap kali tiba di puncak, ini pendedahan sebenar
WARTAWAN KAMPUS UOLS Khamis | 11 Julai 2019

Usianya baru 22 tahun, tetapi mempunyai pengalaman mendaki hampir 30 gunung dan bukit termasuk dalam dan luar Malaysia.

Antara bukit dan gunung yang pernah didaki seperti Gunung Tahan, Pahang, Gunung Yong Belar, Cameron Highland, Gunung Nuang atau Pangsun, Selangor, Gunung Nuang atau Janda Baik, Pahang, Gunung Datuk, Negeri Sembilan, Gunung Angsi, Negeri Sembilan, Gunung Suku, Cameron Highland, Gunung Besar Hantu, Negeri Sembilan, Gunung Rajah atau Chamang, Pahang, Gunung Silipat, Thailand, Gunung Merapi, Indonesia, Bukit Batu Chondong, Kuala Lumpur, Bukit Senaling, Negeri Sembilan,Waterfall Perdik, Selangor, Jerangkang Waterfall, Pahang, Lopo Waterfall, Selangor, Bukit Kutu, Selangor, Sungai Pisang, Selangor, Berkelah Waterfall, Pahang, Bukit Broga, Selangor, GAP & Ulu Semangkuk, Pine Tree & Twin peak, Templer Park, Denai 3 Puteri, Bukit Dinding Kuala Lumpur, Bohey Dulang, Sabah, Chemerong Berembun Langsir (CBL), Terengganu, Bukit Bauk, Terengganu, Gunung Korbu dan Gunung Gayong.

Mula aktif mendaki sejak dua tahun lalu, Nur Natasya Jusoh, mahasiswa jurusan ijazah Teknologi Rangkaian dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) ini selain menjadikan aktiviti mendaki sebagai hobi, sebenarnya dia gemar memakai kain sarung batik setiap kali tiba di puncak. Pelik tapi benar!

Nur Natasya merakam kenangan di atas puncak Gunung Tahan dengan memakai kain sarung batik.

Menjelaskan dengan lebih lanjut, Nur Natasya mengakui sejak kecil lagi dia memang suka dengan kain batik dan ‘minatnya’ itu masih terbawa-bawa hingga kini.

“Kalau di rumah atau di kampus memang saya dikenali dengan nama ‘akak kain batik’ sebabnya saya suka sangat memakai kain batik. Saya hanya menyarung pakaian lain selain kain sarung hanya apabila keluar dari rumah atau ada urusan di luar. Selebihnya memang setia dengan berkain sarung batik.

“Apabila saya mula join hiking bersama trip seperti Haluan Puncak, SJC Advanture dan SeekerHikers, bila time masak tu memang saya la yang kena. Disebabkan saya sering dijadikan tukang masak mereka gelarkan saya sebagai Makcik kantin. Maka, untuk sesuaikan gelaran sebagai Makcik kantin tu saya pun gunakan kain sarung batik. Kiranya kain batik tu sebagai trademark saya la sebagai tukang masak di gunung,” katanya yang memiliki lebih kurang 15 koleksi kain sarung batik.

Ditanya pernah tak mendaki menggunakan kain batik, jelas Nur Natasya setakat ini dia belum melakukannya lagi kerana takut mengambil risiko sebab boleh mengundang bahaya.

Berkongsi pengalaman di saat berada di puncak gunung, kata Nur Natasya, perasaan itu sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.

“Tatkala berada di puncak, kita akan berasa puas dan teruja dapat melihat keindahan alam yang sungguh luar biasa. Cabaran mendaki dari bawah hingga ke puncak bukan sesuatu yang mudah. Halangan dan rintangan perlu dihadapi.

Nur Natasya (dua dari kiri) menjadikan mendaki sebagai hobi.

“Mendaki ibarat seperti mengajar kita erti kehidupan. Apabila di pertengahan jalan, akan rasa give up untuk meneruskan perjalanan, tetapi apabila sudah sampai ke puncak, segala kepenatan tadi akan hilang dengan menatap panorama yang sangat indah. Begitu juga dengan realiti kehidupan yang mana setiap kesulitan itu tidak akan kekal lama kerana penghujungnya akan ada kejayaan menanti,” katanya yang pernah mencabar diri untuk menawan puncak gunung tertinggi di Semenanjung (Gunung Tahan) selama empat hari tiga malam.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...