> SABAH SARAWAK > Kerjasama pintar antara UMS - Huawei pacu pembangunan dan transformasi digital UMS
Kerjasama pintar antara UMS - Huawei pacu pembangunan dan transformasi digital UMS
SALBINOUS SARIBUN, UMS Khamis | 11 Julai 2019

SHENZHEN - Kerjasama pintar antara Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Huawei Technologies (Malaysia) Sdn. Bhd. kini giat dilaksanakan merangkumi pelbagai aspek termasuk pembangunan mahasiswa UMS dengan memberi latihan khusus dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin berkata, bagi tujuan pembangunan mahasiswa, Huawei telah mewujudkan Huawei Authorized Information Network Academy (HAINA) di dalam kampus.

“Melalui HAINA, Huawei mengiktiraf UMS sebagai pusat latihan dan pensijilan bagi sijil profesional Huawei seperti Huawei Certified Network Academy (HCNA) dan Huawei Certified ICT Associate (HCIA).

“Pihak Huawei juga menyumbang peralatan ICT di pusat HAINA untuk aktiviti latihan, selain memberi bantuan dalam latihan mahasiswa UMS untuk tujuan pensijilan HCNA/HCIA serta mempersiapkan staf UMS sebagai tenaga pengajar (instructor) yang bertauliah dan diiktiraf.

“Pensijilan HCNA/HCIA ini berupaya meningkatkan kebolehpasaran serta prospek kerjaya para graduan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui hari ini semasa dalam rangka lawatan kerja selama tiga hari di Ibu Pejabat Huawei di Shenzhen China.

Menurut Prof Datuk Dr Kamarudin, pada ketika ini seramai tujuh staf akademik UMS telah mendapat pensijilan Huawei Certified ICT Instructor (HCAI) dan selanjutnya diiktiraf sebagai tenaga pengajar kursus Huawei.

"Sehingga bulan Jun 2019 sudah terdapat tiga kumpulan mahasiswa UMS iaitu seramai 107 orang telah berjaya mendapat pensijilan sama ada dalam HCNA atau HCIA.

“Secara komersialnya kos keseluruhan untuk kursus dan pensijilan ini sebenarnya mencecah sehingga RM15,000 seorang, namun buat masa ini ia percuma untuk mahasiswa UMS.

“Pada masa akan datang, kita merancang agar pensijilan ini akan dibuka kepada orang perseorangan pada kadar yuran yang berpatutan,” tambahnya lagi.

Mengulas lanjut, Prof. Datuk Dr. Kamarudin berkata, seiring dengan keperluan di era Industri 4.0, UMS perlu melaksanakan transformasi digital (digital transformation) kepada sebuah kampus pintar (Smart Campus) agar terus relevan kepada keperluan semasa dan jangkaan pemegang taruh.

Sehubungan dengan itu katanya, pihak Huawei melalui kerjasama yang terjalin juga akan bertindak sebagai penasihat teknikal bagi merealiasikan matlamat tersebut.

“UMS berhasrat untuk menjadi sebuah Smart Campus yang terkenal di rantau ini serta sebagai antara universiti pertama yang mengguna pakai teknologi terbaru, termasuklah 5G.

“Transformasi ini akan dipacu oleh beberapa pembolehubah (enablers), termasuklah ketersediaan dana, dan kewujudan infrastruktur dan teknologi ICT yang terkini.

“Dalam hal infrastruktur dan teknologi ICT, UMS memerlukan nasihat teknikal dari pelbagai pihak, termasuk pihak industri seperti Huawei,” jelasnya sambil merakamkan ucapan terima kasih kepada Huawei atas kerjasama dan sumbangan yang telah diberikan selama ini.

Untuk rekod, kerjasama UMS – Huawei secara rasminya bermula pada tahun 2017 melalui satu majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU). Lanjutan daripada itu, kerjasama UMS-Huawei diperkukuhkan lagi pada tahun ini dalam satu Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) di Shenzhen, China yang turut disaksikan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Haji Apdal pada April lalu.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...