> > Perbezaan dan persamaan Ahmad dan Muhammad yang ramai orang tak tahu
Perbezaan dan persamaan Ahmad dan Muhammad yang ramai orang tak tahu
WARTAWAN KAMPUS UOLS Rabu | 17 Julai 2019

Umum mengetahui perkembangan pasangan kembar siam Malaysia yang suatu ketika dahulu pernah mencetuskan fenomena dunia, Ahmad Rosli dan Muhammad Rosli, 21 tahun yang kini sedang menempuh alam kampus.

Kisah tentang realiti kehidupan di kampus, cabaran sebagai orang kelainan upaya (OKU) dan perancangan masa hadapan telah pun mereka kongsikan sebelum ini. Namun dari segi perbezaan dan persamaan antara mereka ramai yang tidak tahu.

ARTIKEL BERKAITAN: Masih ingat kembar siam Ahmad dan Muhammad? Tak sangka ini perkembangan terbaharu diri mereka...

Ahmad yang dihubungi KampusUols secara peribadinya berkongsi 10 perbezaan dan 10 persamaan antara mereka berdua.

AHMAD:

1. Seorang yang pendiam

2. Tidak minat bergaul dengan orang

3. Suka melukis atau membuat model kertas

4. Minat membaca artikel

5. Minat mendengar ceramah agama dan motivasi

6. Gemar makan makanan pedas

7. Tidak suka kerja dikacau adik

8. Lebih suka menyendiri

9. Minat buat kerja sendiri

10. Minat mendengar radio

MUHAMMAD:

1. Seorang yang periang

2. Suka bergaul dengan orang

3. Minat menggunakan komputer atau komputer riba

4. Gemar melakukan aktiviti luar dengan kawan

5. Suka bersiar-siar

6. Alergi segala jenis kekacang

7. Suka bergaul dengan adik-beradik

8. Minat bekerja secara kumpulan

9. Suka bercampur dengan orang sekeliling

10. Minat teknologi/gajet

Walaupun ada perbezaan yang agak ketara antara mereka berdua, namun akui Ahmad sebagai pasangan kembar mereka juga mempunyai ciri-ciri persamaan. Antaranya:

1. Suka minum kopi

2. Akan berbincang berdua kalau mahu buat sesuatu keputusan

3. Tidak suka menyusahkan orang lain

4. Lebih suka berdikari

5. Minat menonton dokumentari

6. Pandai urus masa

7. Selaku anak sulung dan anak kedua dalam keluarga, mereka tegas dalam mendidik adik-beradik

8. Suka mencuba perkara yang mendatangkan faedah

9. Tolong menolong antara satu sama lain

10. Minat melayari Internet

"Walaupun antara kami ada perbezaan tetapi perbezaan itulah yang mengukuhkan lagi perhubungan kami jadi bertambah erat," kata Ahmad.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...