> Sistem lampu isyarat pintar rekaan UniMAP antara terbaik di University Challenge 2019
Sistem lampu isyarat pintar rekaan UniMAP antara terbaik di University Challenge 2019
AININULNIZA M. YUSOF, UniMAP Jumaat | 19 Julai 2019

KANGAR – Rekaan sekumpulan penuntut Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dalam membangunkan sistem lampu isyarat lebih pintar berjaya dinobatkan antara yang terbaik di Industry University Challenge 2019.

Sistem diberi nama Real-Time Traffic Light Controlled Using IoT Based Integration System itu sekali gus melayakkan universiti itu ke peringkat separuh akhir yang dijadualkan berlangsung di Pulau Pinang pada September akan datang.

Kumpulan yang membawa nama ZHPro_SCCE itu ialah penuntut Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Tan Wei Keong dan mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Tahun Tiga PPKKP iaitu Muhamad Amir Hakim Ismail, Muhamad Luqman Yasruddin serta KisokKumar Ragunathan.

Pensyarah kanan Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer dan Perhubungan (PPKKP) UniMAP, Ts. Dr. Zulkifli Hussin berkata, idea membangunkan sistem pintar berkenaan tercetus selepas mendapati kebanyakan lampu isyarat ditentukan dan dibahagikan masa secara sama rata kepada setiap persimpangan.

Tambahnya, ini kerana pembahagian masa yang sama rata berkenaan sering membawa kerunsingan di kalangan pengguna jalan raya kerana perlu menunggu lama selain menyukarkan kenderaan kecemasan ketika berlaku kesesakan.

“Justeru, dengan membangunkan sistem ini, kami merasakan dapat membantu dan menjamin keselesaan serta keselamatan pengguna di jalan raya terutama sekali ketika berada di persimpangan lampu isyarat,” katanya yang mengetuai kumpulan ZHPro_SCCE dalam pembangunan penyelidikan sistem berkenaan.

Selain UniMAP, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dan Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) adalah antara UA yang turut bersaing dalam pertandingan itu selain beberapa universiti swasta terkemuka lain.

Terdahulu, Naib Canselor UniMAP Prof. Ir. Ts. Dr. R Badlishah Ahmad menzahirkan ucapan tahniah dan turut berbangga dengan pencapaian pasukan berkenaan dalam usaha membangunkan sistem itu.

DR. R BADLISHAH

Katanya, kejayaan itu sangat bererti buat pasukan UniMAP kerana perlu bersaing dengan Universiti Awam dan Swasta terkenal dan bertaraf universiti penyelidikan (RU) dalam pertandingan itu seterusnya dapat merealisasikan bandar pintar sistematik menerusi rekaan berkenaan pada masa akan datang.

“Secara tidak langsung UniMAP berjaya membuktikan bahawa universiti ini juga adalah antara UA terbaik dalam kalangan universiti yang terbaik di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...