> SUKAN > UniMAP sasar 10 terbaik di SUKANUN 2019
UniMAP sasar 10 terbaik di SUKANUN 2019
SUHANA ABDUL MUTALIB, UniMAP Jumaat | 19 Julai 2019

KANGAR – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menyasarkan kedudukan 10 terbaik dalam Kejohanan Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia (SUKANUN) yang bermula hari ini sehingga 26 Julai akan datang.

Pada kejohanan yang dihoskan Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu, UniMAP menyasarkan pungutan pingat menerusi acara tenpin boling, golf, boling padang, petanque, bola sepak dan pingpong.

Ketua Kontinjen, Prof. Dr. Mohd. Foad Sakdan berkata, UniMAP menghantar 115 atlit untuk mengambil bahagian dalam 10 acara sukan yang dipertandingkan dan perlu bersaing dengan hampir 50 pasukan badan berkanun mengambil bahagian dalam kejohanan pada kali ini.

Dr. R Badlishah (dua dari kanan) menyerahkan bendera UniMAP kepada Pengurus Pasukan Tenpin Boling UniMAP, Zulfauzi Mohd. Sawal sambil disaksikan Hj Suhizaz (kiri sekali) dan Dr. Mohd. Foad (kanan). (FOTO UniMAP)
“Meskipun bakal berdepan tentangan sengit, namun kita yakin mampu meraih pingat menerusi sekali gus menjadi antara 10 pasukan terbaik kali ini. Jika pada edisi lalu, Olahraga merupakan antara penyumbang kejayaan buat UniMAP, namun kali ini acara olahraga dianjurkan berasingan dan tidak termasuk dalam kiraan pingat kejohanan SUKANUN,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Dr. R Badlishah menyerahkan bendera UniMAP kepada Ketua Kontinjen UniMAP, Dr. Mohd. Foad. (FOTO UniMAP)

Upacara penyerahan bendera kepada kontinjen UniMAP disempurnakan Naib Canselor, Prof. Ir. Ts. Dr. R Badlishah Ahmad. Turut hadir Pengarah Pusat Sukan UniMAP, Haji Suhizaz Sudin.

Dalam ucapannya, Dr. R Badlishah menyeru agar para atlet bertanding dengan semangat kesukanan yang tinggi dalam memastikan kejayaan yang seterusnya akan mengharumkan nama universiti.

"Atlit adalah duta UniMAP, sila jaga disiplin dan pamerkan tahap kesukanan yang tinggi.” - Amanat daripada Dr. R Badlishah.
“Menang dan kalah merupakan adat dalam pertandingan, namun apa yang akan dikenang setiap masa ialah disiplin dan semangat kesukanan yang ditonjolkan oleh setiap atlit.

“Meskipun kejohanan sukan, setiap atlit turut berfungsi sebagai duta kecil UniMAP yang secara tidak langsung membawa nama universiti bersama-sama,” ujarnya.

Dr. R Badlishah bergambar bersama semua atlit yang akan mewakili UniMAP ke SUKANUN. (FOTO UniMAP)


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...