> SEL KL > Malaysia terus jadi destinasi pilihan warga Afrika sambung pengajian
Malaysia terus jadi destinasi pilihan warga Afrika sambung pengajian
BERNAMA Jumaat | 19 Julai 2019

KUALA LUMPUR - Malaysia terus menjadi destinasi pilihan rakyat dari negara Afrika untuk menyambung pengajian mereka, kata Duta Mesir ke Malaysia Gamal A. Metwally.

Katanya, pendidikan adalah antara bidang paling penting yang boleh mengukuhkan kerjasama di antara 54 negara Afrika dengan Malaysia.

Metwally berkata kepelbagaian kaum dan agama di Malaysia mempunyai persamaan dengan negara Afrika yang menjadi antara daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk pendidikan berkualiti dengan kos berpatutan.

"Bangsa Afrika tidak merasa seperti orang asing di sini, toleransi budaya, gaya hidup lebih kurang sama, kos pendidikan dan sara hidup jauh lebih murah di Malaysia berbanding negara lain di dunia seperti United Kingdom, Australia atau Amerika Syarikat," katanya.

Duta Mesir itu berkata demikian ketika ditemubual Perkhidmatan Berita Antarabangsa Bernama bagi pihak 21 Ketua Misi Afrika sempena Hari Afrika, yang disambut di Malaysia pada 27 Jun. Mesir adalah ketua Kesatuan Afrika (AU) yang dianggotai 55 negara.

Metwally berkata lebih banyak tawaran, geran dan biasiswa akan diwujudkan kedua-dua pihak di bawah kerjasama pendidikan antara negara-negara Afrika dan Malaysia.

"Universiti di Afrika dan Malaysia juga mungkin boleh mengadakan program pertukaran pensyarah, kakitangan pengajar dan pelajar selain meneroka peluang akademik dan kursus jangka pendek," katanya.

Metwally menganggarkan terdapat antara 20,000 hingga 25,000 pelajar Afrika di Malaysia dan sekitar 15,000 pelajar Malaysia di Mesir.

"Pendidikan adalah pelaburan jangka panjang, sebagai contoh pelajar yang lulus dari Al-Azhar di Mesir berada dalam kedudukan sangat baik, apabila (mereka) kembali ke Malaysia, bagaimana untuk mempromosikan hubungan Malaysia-Mesir," jelasnya.

Metwally berkata antara cabaran dihadapi benua Afrika - yang mempunyai kira-kira 1.3 bilion penduduk - adalah memerangi keganasan, perubahan iklim dan impaknya terhadap negara-negara Afrika, pembiayaan projek di samping isu kemiskinan yang digambarkan sebagai cabaran utama walaupun secara amnya ia semakin menunjukkan penurunan.

Beliau turut mengakui kurangnya kesedaran mengenai Afrika di kalangan rakyat Malaysia - terutama dalam aspek budaya, sistem politik, makanan dan gaya hidup.

Beliau berkata Malaysia boleh membantu negara Afrika untuk memperkasa wanita termasuk kemahiran dan pembangunan kapasiti manusia.

Mengenai Kerjasama Selatan-Selatan, Duta Besar itu berkata Afrika dan Malaysia mempunyai perkongsian yang baik antaranya melalui Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP), sebuah mekanisme yang memainkan peranan penting dalam memupuk hubungan sesama manusia yang lebih baik.

Terdapat juga keperluan untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang sukan, budaya dan pelancongan katanya sambil menambah Malaysia semakin menjadi destinasi bulan madu yang menarik di kalangan orang Afrika.

"Jika terdapat penerbangan terus antara bandar besar Afrika dan Kuala Lumpur, saya rasa lebih banyak pelancong akan datang sekaligus menjana pertumbuhan industri pelancongan dua hala," katanya.- Bernama


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...