> > Petronas belanja RM3.3 bilion untuk PESP
Petronas belanja RM3.3 bilion untuk PESP
MOHAMAD HAFIZI MOHD SAID Isnin | 22 Julai 2019

PARIT - Sebanyak RM3.3 bilion telah dibelanjakan oleh Petroliam Nasional Berhad (Petronas) kepada lebih 36,000 penerima biasiswa di bawah Program Penajaan Pendidikan Petronas (PESP) sejak ia diperkenalkan pada 1975 hingga tahun ini.

Naib Presiden Kumpulan Pengurusan Sumber Manusia Petronas, Datuk Raiha Azni Abd Rahman berkata, biasiswa berkenaan merupakan komitmen Petronas dalam membangunkan modal insan dan pekerja profesional berkemahiran.

Menurutnya, apa yang dilakukan hari ini adalah terus melabur untuk pembangunan modal insan dan pihaknya tidak pernah berhenti walaupun pelbagai cabaran mendatang.

"Pelajar yang mendapat tajaan akan melanjutkan pengajian mereka dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda di Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan juga institusi pengajian tinggi antarabangsa terkemuka," katanya.

Raiha Azni berkata demikian selepas Majlis Penganugerahan PESP kepada 291 penerima di Universiti Teknologi Petronas (UTP) yang dirasmikan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin di Dewan Canselor UTP, di sini.

Menurut Raiha Azni lagi, Petronas menerima 7,000 permohonan biasiswa PESP daripada pelajar seluruh negara untuk tahun ini dan seramai 1,000 permohonan disenarai pendekkan dan hanya 400 berjaya menerima biasiswa tersebut.

"Kriteria pemilihan pelajar untuk PESP ini adalah berdasarkan kecemerlangan mereka dan menepati ciri-ciri berkepimpinan serta mampu berhadapan dengan pelbagai cabaran," katanya.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...