> KELANTAN > Pensyarah USM berpeluang jadi tenaga pengajar bahasa Melayu universiti di Thailand
Pensyarah USM berpeluang jadi tenaga pengajar bahasa Melayu universiti di Thailand
NOOR AZLIDA ALIMIN Isnin | 22 Julai 2019

KOTA BHARU - Universiti Sains Malaysia (USM) membantu penuntut universiti di Selatan Thailand memperkasakan bahasa Melayu secara percuma.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Prof Dr Aldrin Abdullah berkata, bagi mencapai hasrat itu, USM membuka peluang kepada pensyarahnya untuk menjadi salah seorang tenaga pengajar bagi kursus itu di Princess of Naradhiwas University (PNU) Thailand sejak April lalu.

Menurutnya, pensyarah berkenaan akan memberi pengajaran selama lapan jam seminggu, selama satu semester kepada 31 penuntut jurusan bahasa Melayu yang mana mereka merupakan mahasiswa perintis di Fakulti Seni Liberal PNU.

“Selain menjadi tanggungjawab khidmat sosial (CSR) USM, ia diadakan untuk memberi manfaat kepada penuntut PNU yang memerlukan bimbingan akademik untuk menguasai bahasa Melayu dengan baik.
“Program itu juga akan menjadi platform kepada penuntut negara itu untuk mendapatkan pendedahan lebih luas dan potensi untuk melanjutkan pengajian di USM,” katanya pada sidang akhbar Majlis Perasmian Program Lawatan Sambil Belajar dari PNU ke USM Kubang Kerian semalam.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Prof Dr Adam Husein; Presiden Persatuan Peradaban Melayu Kelantan (Peradaban), Datuk A Aziz Deraman dan Pengarah Program Lawatan PNU, Mohd Shah Imran Lim Abdullah.

Aldrin (tiga dari kiri) berbual dengan A Aziz dan penuntut PNU selepas Majlis Perasmian Program Lawatan Sambil Belajar di USM semalam.

Program dengan kerjasama Peradaban serta Dewan Bahasa Pustaka Wilayah Timur itu diadakan selama tiga hari bermula Jumaat lalu disertai 31 penuntut PNU termasuk pensyarah bahasa dan sastera Melayu.

Sementara itu, Mohd Shah Imran berkata, kerjasama dengan PNU merupakan usaha terbaharu USM dalam membantu meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat Islam di negara itu.

“Ia akan membuka lebih banyak ruang pekerjaan kepada lebih 2 juta penduduk Muslim di negara itu terutama dalam bidang penyiaran, penerbitan dan penulisan.

“Sebahagian besar daripada lapan universiti utama di Selatan Thailand menawarkan program bahasa Melayu dan kita mahu penuntut yang tamat pengajian kelak meneruskan ke peringkat sarjana di USM,” katanya.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...