> > Vanidah Imran sambung pengajian selepas tertangguh lebih dua semester
Vanidah Imran sambung pengajian selepas tertangguh lebih dua semester
WAWANN MOHD Isnin | 22 Julai 2019

TIDAK hanya sibuk menguruskan kerjaya seni yang sering memberikan cabaran berbeza setiap hari, pelakon Vanidah Imran turut menimba pengalaman baharu apabila kini bergelar tenaga pengajar sambilan di sebuah pusat pengajian tinggi.

Meski ia hanya untuk satu semester, pelakon filem One Two Jaga ini menganggap peluang tersebut sebagai sesuatu yang cukup menyeronokkan.

Apatah lagi dia dapat berkongsi ilmu dan pengalaman dalam bidang lakonan menerusi subjek seni pengarahan bersama anak-anak muda yang bakal menjadi pelapis industri seni kelak.

“Alhamdulillah, saya rasa puas dapat berkongsi ilmu dan pengalaman dengan pelajar-pelajar yang bakal terlibat dalam industri seni pada masa akan datang. Suatu pengalaman yang cukup menyeronokkan kerana saya dapat menyumbang dan memberi balik kepada masyarakat setelah beberapa tahun bergelar anak seni.

“Malah saya harap ia menjadi permulaan yang baik dan siapa tahu pada masa akan datang, saya dapat menyumbang dan bergiat lebih aktif sebagai tenaga pengajar untuk berkongsi ilmu dengan lebih ramai orang,” katanya.

Dalam masa pada itu, Vanidah, 46, bakal menyambung kembali pengajiannya pada peringkat sarjana dalam bidang Seni Persembahan Drama di Universiti Malaya (UM) pada September ini selepas tertangguh lebih dua semester.

“Saya menangguhkan pengajian selama dua semester sebelum ni kerana perlu memberikan perhatian kepada anak sulung yang menduduki peperiksaan SPM dan kemudian persiapannya menyambung pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
“Bagi saya anak-anak perlu didahulukan melebihi perkara-perkara lain. Apatah lagi apabila ia melibatkan pelajaran dan masa depan. Jadi, saya kena uruskan mereka dahulu dan kemudian barulah fikirkan tentang diri sendiri. Memang pengajian saya juga penting, namun masa depan mereka lebih utama,” akuinya.
Sebagai seorang mahasiswa sarjana rutin Vanidah kembali sibuk bagi memberikan tumpuan kepada penulisan tesis yang tertangguh sebelum ini.

Tak boleh tangguh lagi

Ditanya bagaimana dia menguruskan kehidupan bersama anak-anak selepas perpisahannya dengan bekas suami, Rashidi Ishak pada Ogos tahun lalu, kata Vanidah, semuanya dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

“Anak-anak dah besar, tak adalah rasa susah sangat nak uruskan. Kalau mereka masih kecil, mungkin juga banyak benda yang perlu dilakukan. Namun dalam keadaan sekarang, mereka sudah boleh berdikari dan situasi menjadi lebih mudah,” kata ibu kepada Mikhail Aimran, 18, dan Maryam Rashika, 15, kepada Sinar Harian.

Tambah Vanidah, selepas ini dia akan kembali sibuk dengan rutin hariannya sebagai seorang mahasiswa sarjana sekali gus memberikan tumpuan kepada penulisan tesis yang tertangguh sebelum ini.

Vanidah bersama anak-anak dan bekas suami, Rashidi Ishak.
“Alhamdulillah selain hal anak, beberapa komitmen shooting telah pun selesai dan sudah tiba masanya saya kembali menumpukan perhatian kepada pengajian saya. Supervisor pun dah cakap tak boleh tangguh lagi dan kena habiskan pengajian mengikut masa yang sepatutnya,” kata Vanidah.

Dalam perkembangan lain, Vanidah yang ditemui pada majlis pelancaran kempen I Love Malaysia (MY) di PNB Perdana Hotel On The Park, Kuala Lumpur baru-baru ini menganggap penglibatannya dalam kempen tersebut sebagai tanggungjawabnya sebagai rakyat Malaysia.

Vanidah dan barisan selebriti yang menjayakan kempen I Love MY.

“Malaysia adalah negara kita dan kita seharusnya sentiasa memupuk rasa cinta kepada negara bertuah ini. Menerusi kempen I Love MY ini, setiap daripada kita boleh menzahirkan kecintaan itu dengan pelbagai cara sebagai tanda sokongan.

“Sebagai rakyat Malaysia dan selebriti, saya bersedia untuk sama-sama membantu menyampaikan mesej positif kepada orang ramai dalam usaha untuk menjayakan kempen ini,” ujarnya.

*Artikel dipetik daripada ruangan Berita Bintang (Hiburan Sinar) terbitan Sinar Harian Ahad 21 Julai 2019


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...