> Warga kerja UTeM sahut cabaran serlah inovasi 'di luar kotak' menerusi KIK ke-5
Warga kerja UTeM sahut cabaran serlah inovasi 'di luar kotak' menerusi KIK ke-5

UNIVERSITI Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus memperhebatkan budaya inovasi dan berfikir di luar kebiasaan dalam kalangan warga kerjanya sama ada kakitangan akademik dan pentadbiran menerusi platform penganjuran Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK).

Selari itu, Pejabat Pendaftar, UTeM telah menganjurkan Konvensyen KIK kali ke-5 Peringkat UTeM bertempat di Auditorium Canselori, Kampus Induk UTeM, Durian Tunggal baru-baru ini bagi menzahirkan budaya kerja 'berfikir di luar kebiasaan' untuk memberi perkhidmatan yang responsif, mesra dan cekap yang berteraskan ketelusan dan integriti di peringkat nasional mahupun merentas sempadan dunia.

Naib Canselor UTeM, Prof. Dr. Raha Abdul Rahim berkata, konvensyen KIK yang dijalankan itu telah membantu menggalakkan warga UTeM berfikir di luar kotak iaitu cara berfikir dengan menggunakan perspektif baharu yang merupakan teras utama dalam pembangunan modal insan minda kelas pertama.

Naib Canselor UTeM sedang menyampaikan ucaptama perasmian majlis tersebut. (FOTO UTeM)
"Menerusi corak fikiran luar kotak tersebut, idea yang muncul dapat diaplikasikan bagi membantu pihak pengurusan dalam menyelesaikan masalah di tempat kerja melalui inovasi yang dihasilkan dan seterusnya membuat penambahbaikan secara berterusan dan secara tidak langsung akan membuka minda warga UTeM bahawa kreativiti dan inovasi adalah salah satu cabang kejayaan dalam pekerjaan," ujarnya.

Setiap kumpulan tambahnya, telah mempersembahkan setiap projek yang mereka pilih dan menerusi penilaian Ketua Panel dan Panel terdiri daripada tiga orang juri berpengalaman iaitu wakil-wakil daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) bagi memilih pemenang berpotensi untuk mewakili universiti ke peringkat kebangsaan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi (COO) UTeM, Masdzarif Mahat berkata, program ini telah menyaksikan penglibatan sebanyak enam kumpulan KIK daripada enam Pusat Tanggungjawab UTeM yang mana johan telah menjadi milik Kumpulan Digital FKEKK dari Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer (FKEKK) dengan projek bertajuk Tempoh Pengurusan Projek Pelajar Yang Lama sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM3,000 bersama plak kemenangan dan sijil penghargaan.

Wakil Kumpulan Digital FKEKK menerima hadiah kemenangan tempat pertama daripada Naib Canselor UTeM. (FOTO UTeM)

Kumpulan Achieve dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) dengan tajuk projek, Sistem Tempahan Makmal dan Bilik Kuliah Kurang Efisien sebagai naib johan dan menerima wang tunai sebanyak RM2,000 bersama plak kemenangan dan sijil penghargaan di samping membawa pulang RM500 apabila turut memenangi kategori Persembahan Terbaik.

Wakil Kumpulan Archive, FKM menerima hadiah tempat kedua dan Anugerah Persembahan Terbaik daripada Naib Canselor UTeM. (FOTO UTeM)

Sementara Kumpulan Top dari Pejabat Bendahari dengan tajuk projek Terimaan Bayaran Tidak Dapat Dikenal pasti Semakin Meningkat pula berjaya mendahului tiga kumpulan lain apabila berjaya mendapat tempat ketiga dan menerima hadiah RM1,000 bersama plak kemenangan dan sijil penghargaan.

Tempat ketiga, wakil Kumpulan Top, Pejabat Bendahari menerima hadiah daripada Naib Canselor UTeM. (FOTO UTeM)

Bagi tiga kumpulan lain, masing-masing membawa pulang hadiah sagu hati RM500 bersama plak kemenangan dan sijil penghargaan iaitu Kumpulan MISSing dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) menerusi projek Sistem Barang Hilang Dan Jumpa Secara Berpusat; Kumpulan FAME dari Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (FKP) dengan projek Kesukaran Membuat Tempahan Mesin di Makmal FKP dan Kumpulan STeeKERS dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE) dengan projek Proses Pembelian Pelekat Kenderaan Yang Lama.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...