> PKB bangunkan inovasi Proton Suprima Siot, guna teknologi imbasan cap jari
PKB bangunkan inovasi Proton Suprima Siot, guna teknologi imbasan cap jari
MOHD FATIAZEE AB AZIZ, PKB Khamis | 8 Ogos 2019

Politeknik Kota Bharu (PKB) melalui Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPK), Kementerian Pendidikan telah menjalinkan usahasama dengan pihak Proton Holding Berhad bagi membangunkan teknologi inovasi dalam bidang Safety and Security untuk digunakan dalam bidang automotif pada masa akan datang.

Melalui jalinan usahasama ini, pihak Proton telah memberi sumbangan sebuah kereta Proton Suprima kepada Pasukan Penyelidik PKB bagi digunakan untuk tujuan penyelidikan membangunkan teknologi inovasi tersebut. Kereta Proton Suprima berkenaan akan diubah sesuai oleh Pasukan Penyelidikan PKB dengan dilengkapkan teknologi inovasi yang akan dibangunkan dan kereta itu juga akan diberi nama baru iaitu Proton Suprima Siot. Teknologi inovasi yang akan dibangunkan melalui kereta Proton Suprima Siot ini berasaskan Internet of Thing.

Kereta Proton Suprima dalam proses pengubahsuaian.
Pasukan Penyelidik PKB yang diketuai Mohd. Zulkafli Mohamed berjaya menghasilkan 5 teknologi inovasi terkini untuk kegunaan bidang automotif yang akan dinilai pada Pertandingan Inovasi Proton-Politeknik 2019 (PiPPo 2019) pada penghujung bulan Ogos ini.

Menurut Mohd Zulkafli, idea untuk membangunkan inovasi ini bermula dari perbincangan antara pensyarah dan pelajar.

“Lebih kurang 20 cadangan inovasi yang diterima seterusnya pasukan penyelidik telah memilih 5 teknologi inovasi terkini yang akan dibangunkan untuk bidang automotif. Bagi pertandingan (PiPPo 2019) ini nanti, kami menyasarkan untuk memenangi pingat emas seandainya gagal kami tetap berpuas hati kerana berjaya membangunkan sistem inovasi yang dapat menyelamatkan nyawa daripada menjadi mangsa mabuk dan diharapkan selepas ini tiada lagi kematian melibatkan mangsa lemas dalam kenderaan akibat gas monoksida,” katanya.

Proses uji kaji inovasi dihasilkan terhadap kereta Proton Suprima.
Teknologi inovasi pertama yang berjaya dihasilkan oleh pasukan penyelidik PKB ialah Thumbprint System (TPS). Teknologi Inovasi ini merupakan imbasan cap jari bagi mengaktifkan sistem elektronik pada kenderaan.

Setelah cap jari diluluskan oleh sistem, baharulah pemandu dapat menghidupkan enjin kenderaan. Hanya pemilik dan pengguna yang didaftar sahaja boleh menghidupkan enjin kenderaan tersebut. Sekiranya berlaku keadaan di luar kawalan seperti kecurian maka pemilik dapat memberhentikan kenderaan tersebut dengan menggunakan aplikasi telefon pintar.

Teknologi Inovasi kedua yang berjaya dibangunkan ialah Car Tracking System (CTS), Teknologi Inovasi ini berfungsi menjejak kenderaan dengan kamera tersembunyi. Sistem keselamatan yang telah dibangunkan ini diaplikasikan dengan penghantaran e-mel imej pencuri dan lokasi semasa kenderaan kepada pemilik dan juga pihak berkuasa.

Kerja-kerja pendawaian oleh pelajar yang merupakan pasukan penyelidik.
Teknologi Inovasi ketiga ialah Vehicle Carbon Monoxide Detector System (VCOD), yang mana berfungsi apabila tingkap kenderaan akan terbuka ¼ secara automatik apabila mengesan gas monoksida di dalam kabin. Hal ini boleh mengelakkan kes kematian tertidur dalam kereta akan terhidu gas monoksida.

Teknologi inovasi keempat adalah Alcohol Detection System (ADS). Inovasi ini berfungsi sebagai pengesan alkohol (Arak) pada pemandu semasa memandu atau sebelum memulakan perjalanan. Keadaan ini akan mengelakkan kemalangan disebabkan pemandu memandu di bawah pengaruh alkohol.

Pengarah PKB, Kamaludin Daud mendengar taklimat tentang inovasi yang dipasang pada kereta Proton Suprima.

Fungsi ini diaktifkan dengan memintas enjin kenderaan daripada dihidupkan selagi penderia mengesan kewujudan alkohol pada nafas pemandu. Teknologi inovasi terakhir yang berjaya dibangunkan ialah NGV Leakage Detector (NGVD). Inovasi ini berperanan sebagai mengesan kebocaran gas NGV. Ini dapat mengelakkan kenderaan daripada terbakar akibat kebocoran tersebut, kerana pemandu akan diberi makluman melalui bunyi buzzer dan paparan di Skrin LCD.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...