> > 'Saya harap abang ada sekali...' Penerima Anugerah Presiden ini sebak dan dedikasikan anugerah untuk arwah abangnya pada hari konvo
'Saya harap abang ada sekali...' Penerima Anugerah Presiden ini sebak dan dedikasikan anugerah untuk arwah abangnya pada hari konvo
ZALMIMAZURA ZAHARI Khamis | 8 Ogos 2019

Di sebalik senyuman manis yang terukir atas kejayaan yang dicapai sebagai penerima Anugerah Presiden siapa sangka di sudut hati Siti Nasha Alisa Mat Rashid, 21, terpalit rasa hiba kerana kehilangan seseorang yang amat rapat dengannya.

Kehilangan abang kandung, Danial Muhammad Zikri, 23, akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja pada November tahun lalu ternyata memberi impak kepada dirinya serta keluarga, lebih-lebih lagi hubungan antara mereka sangat akrab.

“Kami hanya dua beradik. Apabila dia tak ada memang terasa sangat. Ya, sedih memang sedih, sebab dah biasa ada bersama dengannya, lebih-lebih lagi di hari graduasi saya ini, memang saya mengharapkan dia ada sekali untuk meraikannya. Kejayaan dan anugerah yang saya capai pada hari ini, saya tujukan buat arwah abang saya selain ibu bapa yang banyak mendorong saya untuk buat sehabis baik,” katanya.

Akui Siti Nasha, dia mahupun arwah abangnya suka membandingkan pencapaian antara satu sama lain.

Siti Nasha bersama ahli keluarga ketika di hari graduasinya baru-baru ini..

“Apabila saya dapat anugerah dekan ke saya akan tunjukkan kat dia yang saya boleh buat. Begitu juga dengan arwah. Kami akan saling menunjuk pencapaian masing-masing dan dalam masa yang sama juga kami saling memberi sokongan antara satu sama lain.

“Kini tinggal saya sendirian menemani ibu, Norfaizal Rina, 45, dan ayah, Mat Rashid, 54, untuk menceriakan hari-hari mendatang bersama mereka. Walau sukar untuk menerima, sementelah pula kehilangannya secara tiba-tiba, namun apakan daya, takdir mengatasi segalanya, kami reda,” katanya sambil bergenang air mata.

Nasha yang kini menyambung pengajian ke peringkat ijazah dalam bidang Pengurusan Modal Insan di MSU berkata, dia berulang-alik ke kuliah setiap hari memandangkan jarak rumahnya dari Klang ke kampus Shah Alam tidak jauh dan secara tak langsung dapat bersama kedua orang tuanya.

Atas pencapaian yang diraih sebagai penerima Anugerah Presiden, Nasya membawa pulang hadiah saguhati bernilai RM2,000, tajaan biasiswa sebanyak RM15,000 dan trofi.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...