> > 320 pemain golf dari UA seluruh negara bakal berentap di UUM
320 pemain golf dari UA seluruh negara bakal berentap di UUM
NORDIANA SHAFIEE, FOTO: IHSAN UUM Khamis | 8 Ogos 2019

SINTOK - Seramai 320 pemain golf dari universiti awam (UA) seluruh negara bakal berentap dalam Kejohanan Golf Universiti Awam (UA) Ke-47 di Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 7 dan 8 September depan.

Naib Canselor, Prof. Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani berkata, kejohanan selama dua hari itu mempertandingkan enam kategori iaitu kategori Gross Individu, Gross Berpasukan, Nett Individu, Nett Berpasukan, VIP Individu dan VIP Berpasukan.

Raja Muda Kedah Darul Aman, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin telah berkenan menyempurnakan titah pelancaran kejohanan golf.

Menurut Dr. Ahmad Bashawir, Kejohanan Golf UA ini merupakan salah satu acara sukan tahunan universiti awam Malaysia sejak tahun 1973 yang mana penganjurannya dijalankan secara giliran.

Katanya, sempena kejohanan itu juga, UUM turut membangunkan aplikasi mudah alih buat julung kalinya yang akan menjadi satu kemudahan kepada semua peserta sepanjang kejohanan berlangsung nanti.

“Aplikasi mudah alih yang dibangunkan UUMIT itu mengandungi maklumat seperti skor langsung golf, course layout, jadual kejohanan dan keputusan rasmi yang mana aplikasi tersebut boleh dimuat turun secara percuma di Google Play dan Apple Store seminggu sebelum kejohanan.
Tengku Sarafudin Badlishah (kiri) berkenan menyempurnakan titah Pelancaran Kejohanan Golf Universiti Awam Ke-47 di EDC Hotels & Resorts, Sintok, semalam. (FOTO UUM)

“Sempena kejohanan golf paling berprestij ini juga, laman sesawang tentang kejohanan turut dibangunkan dan boleh dilayari di www.golfua.uum.edu.my. Pembangunan aplikasi ini amat sesuai pada masanya kerana menjadi inisiatif terbaru dan pertama digunakan dalam kejohanan ini.

“Dengan kemudahan tersebut, semua peserta dapat mengakses maklumat berkaitan kejohanan golf dengan lebih cepat dan mudah secara ‘live’,” katanya pada Majlis Perasmian Kejohanan Golf Universiti Awam Ke-47 di sini, semalam.

Dr. Ahmad Bashawir berkata, kejohanan berprestij itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara kakitangan universiti awam dan membuka pelbagai ruang kerjasama dalam pengurusan, pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan.

Pengurus Besar TM Kedah/Perlis, Anis Ahmad Mohd Ibrahim (kanan) menyerahkan replika cek penajaan sempena Pelancaran Kejohanan Golf Universiti Awam Ke-47 dengan disaksikan Tengku Sarafudin Badlishah (tengah) dan Dr. Ahmad Bashawir (dua, kanan). (FOTO UUM)

Katanya, kejohanan itu juga menyediakan peluang jaringan industri melalui penglibatan syarikat swasta dan meningkatkan nilai diri dalam kalangan peserta.

“Pada masa sama, penganjuran kejohanan golf ini juga adalah bagi memperkenalkan padang golf UUM yang sudah lengkap 18 lubang. Lapangan golf yang unik ini sudah bersedia untuk mencabar kemampuan dan kemahiran peserta yang akan bertanding pada kejohanan ini nanti,” katanya.

Seramai 24 pemain dari UUM turut serta dalam kejohanan golf yang akan diadakan di tiga lokasi iaitu Kelab Golf dan Rekreasi UUM, Darulaman Golf & Country Club di Jitra dan Cinta Sayang Golf & Country Club di Sungai Petani.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...