> IKON > Aqib, Ikon TVET Malaysia dedah rahsia kejayaan cecah pendapatan ratusan ribu!
Aqib, Ikon TVET Malaysia dedah rahsia kejayaan cecah pendapatan ratusan ribu!
ZIELA AMIN Khamis | 8 Ogos 2019

SABAK BERNAM - “Inilah masanya saya kongsi rahsia kejayaan dan suntik semangat pelajar menceburi bidang Technical Vocational Education and Training (TVET) untuk memastikan aliran TVET terus relevan dan berkembang ke arah mewujudkan Malaysia di antara 20 negara maju,” kata Ahmad Nur Al Aqib Ahmad Zamanhuri, 27, Ikon TVET Malaysia 2017.

Anak sulung daripada lima beradik ini merupakan Pengarah Urusan AQB Resources yang dibina beliau sejak tahun 2012. AQB Resources berkembang maju menjadi pusat pembekal mesin dan peralatan percetakan.

Aqib sedang menyampaikan ceramah kepada pelajar sekolah. (FOTO e-WARTA MARA)

Dengan pendapatan mencecah ratusan ribu setahun, Aqib merasakan bahawa ilmu yang ada perlu dikongsi dan ini adalah platform terbaik untuk beliau membantu melahirkan usahawan TVET yang berpotensi.

“Pelajar kita perlu didedahkan dengan jurusan dan latihan TVET yang ditawarkan oleh Institusi Pendidikan MARA (IPMA) memudahkan mereka memilih kerjaya yang mempunyai kebolehpasaran tinggi,” kata Aqib yang ditemui ketika memberi ceramah kerjaya kepada calon SPM 2019 dalam program Selangkah Ke Universiti anjuran Yayasan Pelajaran MARA (YPM) di Sabak Bernam.

Beliau berkata, penglibatannya dalam ceramah kerjaya ini memberi ruang kepada beliau untuk memperkenalkan dan mengetengahkan inovasi serta teknologi percetakan. Aqib turut berkongsi rahsia dan formula terbaik untuk meningkatkan jaringan perniagaan bahkan beliau berazam membuka peluang kepada usahawan-usahawan yang mula menceburkan diri dalam bidang percetakan.

“Saya amalkan tiga formula mujarab, iaitu setiap perkara yang kita lakukan mesti mendapat restu daripada ibu bapa, tidak salah kita bertanya pendapat mereka, selalu panjatkan doa dan patuh suruhan Pencipta. Keberkatan itu akan terarah kepada kita," katanya.

Sumber: e-WARTA MARA


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...