> AKTIVITI KAMPUS > Global Village UMP mampu tingkat kemahiran bahasa Inggeris pelajar sekolah
Global Village UMP mampu tingkat kemahiran bahasa Inggeris pelajar sekolah
MIMI RABITA, UMP Jumaat | 9 Ogos 2019

SERAMAI 200 peserta daripada lima sekolah menengah sekitar Pekan dan Kuantan telah mengikuti program Global Village UMP 2019 yang mampu meningkatkan kemahiran tahap bahasa Inggeris dan komunikasi mereka.

Program dianjurkan Kelab International Economic and Commercial Science Student Association (AIESEC) Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang mendapat kerjasama daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMP dan Pejabat Antarabangsa UMP ini melibatkan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Soi, SMK Ubai, SMK Mat Kilau, SMK Paya Besar dan SMK Seri Mahkota.

Pelajar sekolah sekitar Kuantan hadir mengambil bahagian dalam pelbagai acara dianjurkan sempena Global Village UMP. (FOTO UMP)
AIESEC merupakan organisasi internasional yang membantu belia dalam mengembangkan potensi kepimpinan mereka di luar negara dengan menjalankan projek sosial.

Hadir merasmikan program, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hajah Fuziah Salleh dalam acara yang berlangsung di Dewan UMPH, UMP Gambang baru-baru ini.

Beliau memuji dengan penganjuran program sebegini yang dapat meningkatkan kemahiran penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sekolah.

“Ditambah dengan kehadiran tujuh orang sukarelawan antarabangsa daripada negara India, Vietnam, Indonesia, China dan Pakistan ini dapat memberi impak positif kepada peserta yang menyertai program ini,” katanya.
Fuziah menulis kaligrafi pada pameran sempena program Global Village UMP. (FOTO UMP)

Menurutnya, beliau difahamkan sukarelawan ini telah mengadakan aktiviti berkomunikasi iaitu `speak up’ bagi membantu para pelajar sekolah menengah menguasai bahasa Inggeris dalam komunikasi harian. Turut sama hadir Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dato Dr. Yuserrie Zainuddin.

Dalam pada itu, Fuziah mengharapkan persepsi pelajar yang mengatakan bahasa Inggeris itu adalah subjek yang susah dan mengelirukan dapat dihapuskan.

"Selain itu untuk menguasai kemahiran bertutur dalam bahasa Inggeris, pelajar perlu memperbanyakkan membaca buku-buku dalam bahasa Inggeris. Selain itu juga para guru juga perlu menggalakkan pelajar dalam meningkatkan penguasaan dalam bahasa Inggeris," ujarnya lagi.

Sementara itu, Dr. Yuserrie pula berkata, pihaknya menghargai sukarelawan yang datang ke Malaysia untuk menjayakan program Speak Up yang dijalankan selama enam minggu di sekolah sekitar Pekan dan Kuantan.

Penuntut antarabangsa UMP turut mengadakan pameran mengikut budaya negara masing-masing. (FOTO UMP)
"Sukarelawan antarabangsa ini turut menonjolkan tradisi, budaya, makanan dan muzik tradisional mereka kepada semua peserta," katanya.

Program ini juga dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak terutamanya pelajar sekolah dalam meningkatkan kesedaran mengenai isu semasa dunia dan mewujudkan persefahaman antara budaya serta mewujudkan silaturahim antara satu sama lain.

Peserta turut berpeluang menikmati jamuan makanan menu antarabangsa daripada pelbagai negara. (FOTO UMP)
Lebih menariknya, penuntut antarabangsa UMP turut menyediakan pameran dan pelbagai juadah antarabangsa disediakan antaranya dari negara Algeria, Pakistan, Yaman, Egypt, India dan Kyrgyzstan.

Turut hadir, Dekan Pusat Bahasa Moden, Dr. Nik Aloesnita Nik Mohd Alwi; Dekan Pembangunan Pelajar (JHEPA) UMP, Dr Ahmad Johari Mohamad; Pensyarah Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan UMP merangkap Penasihat AIESEC UMP, Haslinda Robita Hashim dan Pengarah Program, Celine Hing.

Fuziah bersama sebahagian sukarelawan luar negara yang menjayakan program Global Village UMP. (FOTO UMP)


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...