> SUKAN > Rombakan rumah sukan beri sinar baharu Karnival Sukan Staf UPSI
Rombakan rumah sukan beri sinar baharu Karnival Sukan Staf UPSI
MOHD RAIZOL RAMLI, UPSI Jumaat | 9 Ogos 2019

TANJUNG MALIM - Sukan merupakan salah satu platform perpaduan dan pengukuhan pasukan bagi setiap organisasi. Sehubungan dengan itu, Pusat Sukan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menganjurkan Karnival Sukan Staf (KIESTA) 2019 baru-baru ini.

Istimewanya penganjuran kali ini kerana mempunyai 21 acara sukan dan diserikan dengan tiga acara baharu iaitu memancing, e-Sport dan bola baling. Lokasi pertandingan melibatkan kedua-dua kampus UPSI, acara boling di Setia City Mall, golf di Bukit Beruntung dan memancing di Stesen Behrang.

Acara catur sedang berlangsung.

Melalui slogan sukan “Imposible is Nothing”, pihak pengurusan UPSI membuat rombakan lapan rumah sukan yang berkuatkuasa bermula pada 2019 hingga 2021. Rombakan ini merupakan perubahan pertama sejak ia mula dipertandingkan seawal tahun 2000.

Perubahan ini diharap dapat membina hubungan baharu antara pusat-pusat tanggungjawab dalam UPSI.

Aksi peserta rumah Rahman Talib.

Menurut Pengarah Pusat Sukan UPSI, Mohammad Faeez Mohamad Alias, setiap rumah baharu dibentuk melalui undian yang merangkumi fakulti dan pusat-pusat tanggungjawab. Setiap nama rumah sukan merujuk pada ikon pendidikan negara dan SITC/MPSI iaitu Harun Aminurrashid, Za’ba, Kapten Yazid, Rahman Talib, Aminuddin Baki, Ungku Omar, Ahmad Bakhtiar dan Sri Lanang.

"Rumah-rumah sukan ini akan dirombak setiap tiga tahun," katanya.

Para pemenang perahu panjang.

Dalam ucapan perasmian, Pendaftar UPSI, Dr. Zainab Othman berkata, dianggarkan seramai 1,800 orang kakitangan yang akan menyertai KIESTA kali ini dan sebanyak 1,540 pingat menjadi rebutan.

"Saya berharap agar budaya bersukan ini mampu meningkatkan prestasi kerja agar dapat mencapai visi dan misi universiti. Selamat maju jaya kepada semua kontinjen yang bertanding dan berjuanglah sehingga wisel penamat," katanya.

Harun Aminurrashid telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan KIESTA UPSI 2019 yang telah berlangsung selama 11 hari. Kontinjen tersebut telah memenangi 27 pingat emas, 26 perak dan 26 gangsa.

Para peserta golf.

Majlis perasmian turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Pengarah Jabatan Pengurusan Pembangunan Harta Benda, Pemangku Bendahari, Pustakawan dan Ketua Timbalan Pendaftar (Hal Ehwal Pelajar).

Para peserta golf.
Pemenang futsal wanita.
Pemenang bola sepak penalti.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...