> > Mulanya gembira dapat tawaran masuk U, tapi bila tengok yuran berjumlah RM2133, operator kilang ini terpaku
Mulanya gembira dapat tawaran masuk U, tapi bila tengok yuran berjumlah RM2133, operator kilang ini terpaku
SAMSUDIN OLI MOHAMED, UUM Jumaat | 9 Ogos 2019

SUNGAI PETANI - Zainab Abdul Majid, 20, yang bekerja sebagai operator kilang untuk menyara ibu dan adiknya dalam dilema apabila menerima kunjungan Pengarah Unit Perkhidmatan dan Sokongan Pelajar (SSSU) Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr. Rajwani Md Zain yang membawa surat tawaran dari universiti itu untuk melanjutkan pengajian pada September depan.

“Saya terkejut apabila dihubungi oleh pihak UUM untuk berjumpa dengan saya dan ibu,” katanya ketika ditemui.

Sewaktu melayari keputusan UPUOnline 31 Julai 2019 lalu Zainab gembira apabila terpilih untuk melanjutkan pengajian di UUM namun dalam masa yang sama apabila melihat yuran yang perlu dibayar berjumlah RM2133 untuk pendaftaran Zainab dalam dilema sama ada terima tawaran itu atau tidak.

Anak sulung daripada dua adik-beradik ini selepas tamat pengajian di tingkatan enam terus bekerja untuk menyara keluarganya.

Zainab bersama ibunya (kanan) dan Dr. Rajwani (kiri).

Selepas ayahnya meninggal tahun lalu tanggungjawab menyara keluarga kini menjadi kewajipannya.

Ibunya Jamaliah, 39, tidak boleh bekerja kerana berhadapan dengan masalah kesihatan. Oleh itu, tanggungjawab membantu keluarga beralih pada bahu Zainab.

Kini keputusan pengambilan pelajar ke universiti telah diumumkan dan sudah tentu ia menjadi berita gembira buat mereka yang terpilih, tetapi bagi Zainab kesempitan hidup menyebabkan peluang itu difikir semasak-masaknya.

Pada mulanya Zainab kelihatan gembira dapat melanjutkan pengajian ke menara gading tetapi apabila melihat jumlah bayaran yang perlu diselesaikan ketika pendaftaran dan memikirkan keadaan keluarganya, Zainab terpaku sekejap.

Namun sokongan daripada guru sekolahnya membuatkan dia berazam untuk menyambung pengajian.

Zainab bersama guru-guru sekolahnya memberi galakan untukmenyambung pengajian.

“Saya terharu dan gembira untuk menyambung pengajian ke UUM dalam jurusan Sarjana Muda Pengurusan Awam apabila Dr. Rajwani membawa surat tawaran dari UUM dan menyerahkan sendiri pada saya,” katanya.

Dalam pada itu Dr. Rajwani ketika ditemui memaklumkan surat yang diserahkan ini adalah dari Naib Canselor, Prof. Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani dan mengharapkan mereka yang terpilih akan berusaha sebaik mungkin untuk mencapai cita-cita mereka walaupun berhadapan dengan pelbagai dugaan.

Bagi mereka yang ingin membantu Zainab boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Bank Islam 02020029029568.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...