> AKTIVITI KAMPUS > Laluan alternatif ke Masjid Sultan Ibrahim tanpa lalui jalan sibuk, berisiko tinggi
Laluan alternatif ke Masjid Sultan Ibrahim tanpa lalui jalan sibuk, berisiko tinggi
SURIAYATI BAHAROM, UTHM Jumaat | 9 Ogos 2019

BATU PAHAT – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) terus menzahirkan keprihatinannya kepada masyarakat setempat dengan membina laluan alternatif dari Taman Universiti, Parit Raja ke Masjid Sultan Ibrahim yang bertempat di kampus induk.

Pembinaan laluan alternatif di bawah projek Wakaf Prasarana ini dilaksanakan bertujuan memudahkan penduduk setempat dan juga warga UTHM untuk ke Masjid Sultan Ibrahim bagi menunaikan solat dan mengikuti aktiviti keagamaan yang dianjurkan.

Pelaksanaan projek ini juga adalah sebagai tanda keprihatinan UTHM dalam memastikan keperluan masyarakat yang ingin menunaikan ibadah di masjid tersebut dapat dipenuhi.

Majlis perasmian memotong reben pagar memasuki UTHM. (FOTO UTHM)

Projek yang dianggarkan menelan belanja sebanyak RM351,000 ini akan melibatkan kerja-kerja infrastruktur seperti memampatkan tanah, merata dan melebarkan jalan termasuklah kerja-kerja pembinaan pos pengawal keselamatan untuk kawasan parkir di sekitar masjid.

Upacara Pecah Tanah ini telah disempurnakan Ahli Lembaga Pengarah Universiti merangkap Penasihat Wakaf UTHM, Dato’ (Dr.) Hj. Nooh Gadot pada 28 Julai lalu yang turut disaksikan Naib Canselor UTHM, Profesor Ts. Dr. Wahid Razzaly dan Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Sri Gading, Adzlan Hj. Raju.

Hj. Nooh melancarkan gimik perasmian pecah tanah. (FOTO UTHM)
<

Menurut Hj. Nooh, projek wakaf ini merupakan satu ibadah mulia yang menjanjikan ganjaran pahala yang besar kepada umat Islam.

"Selain sebagai sedekah jariah untuk bekalan akhirat, pelaksanaan projek ini juga akan memudahkan masyarakat untuk pergi menunaikan solat di masjid.

“Saya berharap projek ini dapat dijalankan dengan telus dan mematuhi masa yang ditetapkan bagi memudahkan masyarakat setempat menunaikan ibadah tanpa perlu melalui jalan utama yang agak sibuk dan berisiko tinggi,” ujarnya.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Profesor Madya Dr. Afandi Ahmad; Penolong Naib Canselor (Perancangan Strategik dan Perhubungan Korporat), Profesor Dr. Ahmad Tarmizi Abd Karim; Pengarah Pusat Endowmen dan Wakaf UTHM, Profesor Sr. Dr. Wan Zahari Wan Yusoff, warga kampus serta penduduk Taman Universiti.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...