> > Program ibadah korban dan akikah mahasiswa UniSZA di Turki
Program ibadah korban dan akikah mahasiswa UniSZA di Turki
UNIT MEDIA, UNISZA Isnin | 12 Ogos 2019

Sekumpulan penuntut daripada Persatuan Mahasiswa Fakulti Perniagaan dan Pengurusan, Universiti Zainal Abidin (UniSZA) telah mengadakan ibadah korban dan akikah di Istanbul, Turki sempena program Solidariti Kemanusiaan Pelarian Syria di Turki. Program tersebut yang disertai seramai 27 mahasiswa, dua pensyarah dan seorang pegawai pengiring ini, bermatlamat bagi menyantuni pelarian Syria di Turki.

Menurut Pengarah Program Muhammad Fadhil Mohd Sobri, aktiviti korban dan akikah yang dijalankan ini merupakan sumbangan daripada rakyat Malaysia yang menyumbang melalui pembelian bahagian lembu dan kambing di tabung solidariti kemanusiaan pelarian Syria di sini.

“Sebanyak 2 ekor lembu dan 2 ekor kambing berjaya dikumpul oleh pasukan Syriacare UniSZA dengan bantuan bersama rakan NGO kita di sana, Malaysia Friendship Association (MFA),” katanya.

Di samping itu, program tersebut juga bermatlamat untuk meraikan saudara sesama Muslim di sana bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha. Oleh sedemikian, kehadiran team Syriacare UniSZA dapat serba sedikit mengurangkan walaupun sedikit beban kehidupan mereka.

“Walaupun kehadiran kami di sana adalah musim panas, keadaan mereka akan jauh lebih teruk ketika tibanya musim sejuk. Rata-rata pelarian Syria di sana hanya dapat merasa daging sekali sahaja dalam setahun andai kata bertuah,” katanya lagi.

Program hari ini yang memasuki hari kelima, seramai 200 keluarga pelarian Syria di Istanbul telah diedarkan daging korban dan akikah, dan lebih daripada 50 buah keluarga telah disampaikan sumbangan barang keperluan harian daripada seluruh rakyat Malaysia.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...