> PERAK > Amirul Ashraff akan dikebumikan di Sydney
Amirul Ashraff akan dikebumikan di Sydney
MOHAMAD HAFIZI MOHD SAID Selasa | 13 Ogos 2019

TAIPING - Jenazah pelajar Malaysia Amirul Ashraff Md Azhar, 22, yang maut selepas tergelincir dari tingkat 23 pangsapuri kediamannya di Sydney, Australia, Selasa lalu, tidak akan dibawa pulang ke Malaysia.

Bapa mangsa, Md Azhar Hasbullah, 48, berkata, jenazah anaknya itu akan dikebumikan di Sydney, Australia selepas semua urusan bedah siasat dan siasatan pihak berkuasa selesai.

"Kami sekeluarga telah sepakat untuk memudahkan urusan pengebumian anak saya agar arwah dikebumikan di Sydney, Australia.

"Tetapi bila arwah akan dikebumikan kami masih belum tahu kerana masih menunggu laporan bedah siasat daripada pihak berkuasa di sana," katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Luluh hati saya tapi kami reda pemergian Amirul Ashraff'

ARTIKEL BERKAITAN: Sah! Australia klasifikasikan kematian Amirul Ashraff sebab tergelincir

ARTIKEL BERKAITAN: Baru seminggu sambut hari lahir, penuntut Malaysia maut jatuh pangsapuri di Australia

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan buat spekulasi, bapa nafi kematian Amirul Ashraff akibat tekanan pembelajaran

Menurut Md Azhar urusan pengebumian anak sulungnya itu akan diuruskan sepenuhnya pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan dia serta isterinya akan ke sana menziarahi pusara Amirul Ashraff selepas semuanya selesai.

"Kami akan ke sana selepas semuanya selesai, buat masa ini saya dan isteri masih lagi belum mempunyai kekuatan memandangkan dia merupakan anak sulung harapan keluarga" katanya.

Amirul Ashraff merupakan pelajar tahun akhir jurusan Ijazah Kejuruteraan Mekatronik di University Technology Of Sydney dan dijangka tamat pelajaran dan pulang ke tanah air, Februari tahun hadapan.

Menurut Md Azhar, mayat anaknya itu sudah menjalani proses bedah siasat Rabu lalu, namun keputusannya masih belum diperoleh sehingga semalam.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...