> UTARA > 329 sekolah, institusi pendidikan rosak: KPM
329 sekolah, institusi pendidikan rosak: KPM
BERNAMA Selasa | 13 Ogos 2019

GEORGETOWN - Kementerian Pendidikan (KPM) sudah mengenal pasti 329 sekolah dan Institusi Pendidikan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Pahang dan Terengganu yang mengalami kerosakan akibat dilanda Taufan Lekima baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan, KPM menganggarkan kerosakan di tujuh negeri tersebut berjumlah RM20 juta dan tindakan sedang diambil untuk membaiki kerosakan tersebut.

"KPM sedang mengambil tindakan segera membaiki kerosakan yang berlaku dengan menyalurkan peruntukan kecemasan kepada Jabatan Pendidikan negeri, Pejabat Pendidikan daerah, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti dan agensi yang terlibat supaya tindakan pembaikan dapat dilaksanakan serta-merta.
"Setakat 5 petang hari ini (Sabtu lepas), kerosakan yang dilaporkan di tujuh negeri ialah di Kedah sebanyak 115 sekolah, tiga kompleks kuarters, sebuah institut latihan dan dua Institut Pendidikan Tinggi Awam; di Pulau Pinang melibatkan 101 sekolah, empat kompleks kuarters dan dua institut latihan dan Perlis melibatkan 58 sekolah," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Selain itu, kerosakan akibat ribut turut dilaporkan di Selangor melibatkan 32 sekolah dan sebuah Institusi Pendidikan Tinggi Awam; Terengganu melibatkan tujuh sekolah dan sebuah Institut Latihan; Perak melibatkan sebuah Institusi Pendidikan Tinggi Awam; dan Pahang melibatkan sebuah sekolah.

Hujan lebat dan angin kencang melanda beberapa tempat di Pulau Pinang, Perlis dan Kedah malam tadi mengakibatkan banyak pokok tumbang dan bumbung diterbangkan angin selain kerosakan fizikal terhadap kemudahan awam dan menjejaskan lalu lintas.

Di Pulau Pinang, dilaporkan 300 kejadian pokok tumbang dengan tiga buah pusat pemindahan sementara dibuka melibatkan 71 mangsa namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Setakat 8 malam mendapati ketiga-tiga pusat pemindahan sementara iaitu Masjid Kuala Juru, Dewan Kafa Kuala Juru di Seberang Perai dan Masjid Hashim Yahya di bahagian pulau negeri masih dibuka untuk mangsa yang mengalami kerosakan struktur rumah. - Bernama


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...