> > Pengurangan peruntukan universiti punca caj bayaran kolej kediaman dikenakan
Pengurangan peruntukan universiti punca caj bayaran kolej kediaman dikenakan
WARTAWAN KAMPUS UOLS Selasa | 13 Ogos 2019

KUALA LUMPUR – Pengurangan peruntukan untuk universiti oleh kerajaan sebanyak hampir RM500 juta sejak 2017 menyebabkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) terpaksa mengenakan caj bayaran kolej kediaman bagi semester bermula September ini.

Naib Canselor UiTM, Prof. Emeritus Ir. Dr. Mohd. Azraai Kassim berkata, caj tersebut terpaksa dikenakan untuk menampung perbelanjaan penyelenggaraan dan penambahbaikan kemudahan kolej dan pelajar serta fasiliti pengajaran dan pembelajaran yang telah berusia lebih 60 tahun.

Bagaimanapun menurut beliau, caj tersebut dikecualikan kepada beberapa kategori pelajar termasuk yang datang daripada keluarga berpendapatan di bawah RM2,500 sebulan beserta tanggungan ramai.

Jelasnya, antara pelajar yang mendapat pengecualian kepada pelajar daripada keluarga yang susah dengan pendapatan sebulan di bawah RM2,500.00 beserta tanggungan yang ramai, mana-mana Pelajar Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Selain itu, katanya, mereka yang terlibat dengan Pelajar Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPK) atau pelajar badan beruniform, pelajar sukan yang mewakili negara dan diiktiraf oleh Kementerian Belia dan Sukan mahupun pelajar daripada kelab, persatuan yang cemerlang, mewakili negara dan memenangi pertandingan di peringkat antarabangsa.

Katanya, caj bayaran kolej kediaman di dalam kampus bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda telah mula diperkenalkan semenjak Disember 2005 lagi.

“Lanjutan daripada itu, perbincangan serta kajian terperinci untuk turut mengenakan caj kepada pelajar diploma telah mula dibuat sejak tahun 2014 dan pihak universiti telah mengambil keputusan untuk melaksanakan caj ini mulai semester September 2019.
“Kadar bayaran yang akan dikenakan adalah sebanyak RM2, RM3 dan RM4 sehari bergantung kepada jenis bilik mengikut pilihan para pelajar,” katanya dalam kenyataan kepada Kampus Uols, hari ini.

Baru-baru ini tular media sosial surat pekeliling Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Bilangan 5 Tahun 2019 mengenai Kenaan Caj Bayaran Kolej Kediaman kepada pelajar pra diploma, diploma, Certified Accounting Technicians dan Sarjana Muda Sains (Kepujian) Senibina yang disediakan tempat tinggal di dalam kampus.

Dr. Mohd. Azraai berkata, bagi memastikan kelangsungan universiti serta melahirkan lebih ramai graduan yang berdaya saing, UiTM kini juga sedang giat menjalankan transformasi berterusan dan peningkatan mutu penyampaian yang menyeluruh melalui inisiatif yang strategik bagi mencapai aspirasi untuk menjadi sebuah Universiti Premier yang bertaraf antarabangsa.

"Selain itu, pihak pengurusan universiti amat menghargai keprihatinan orang ramai terutamanya dari alumni UiTM serta menghargai dan mengalu-alukan segala bentuk sokongan, maklum balas dan cadangan untuk kebaikan bersama," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kenaikan yuran asrama UiTM tidak membebankan: Alumni


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...