> AKTIVITI KAMPUS > Rewang Raya UIAM jalinkan ukhuwah, dekatkan hubungan dengan penduduk setempat
Rewang Raya UIAM jalinkan ukhuwah, dekatkan hubungan dengan penduduk setempat
ROSLAN RUSLY, UIAM Selasa | 13 Ogos 2019

GOMBAK - Unit Perhubungan Alumni UIAM (ARD) menganjurkan IIUM Alumni Rewang Raya bersama Presiden UIAM yang berlangsung pada 12 Ogos 2019 bertempat di IIUM Cultural Centre (ICC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Gombak baru-baru ini.

Program ini turut mendapat sumbangan daripada Hasene Foundation Germany, Bidara, Suri, Adabi, dan Alumni Association of Graduate School of Management (AIGA).

Seramai 1,000 jemputan dalam kalangan Alumni UIAM, kakitangan akademik dan pentadbiran, mahasiswa serta komuniti setempat telah menghadiri program ini, antaranya penduduk Kampung Sungai Pusu, Kampung Orang Asli Gombak dan komuniti persekitarannya.

Para sukarelawan menyediakan hidangan untuk para pengunjung yang hadir. (FOTO UIAM)

Buat julung kalinya program ini dianjurkan dengan melibatkan Presiden UIAM dan para Alumni dalam majlis gotong-royong rewang bersama-sama dengan Alumni UIAM serta komuniti setempat.

Objektif utamanya adalah untuk menyemarakkan ukhuwah dan silaturahim antara pengurusan tinggi universiti dan alumni serta masyarakat tempatan.

Rektor UIAM, Prof. Emeritus Tan Sri Dato Dzulkifli Abdul Razak bersama sama dengan sukarelawan menyediakan hidangan sempena Rewang Raya Alumni UIAM. (FOTO UIAM)

Sedikit sebanyak program ini mendekatkan lagi penduduk setempat dengan universiti dan akan dapat merapatkan ukhuwah dengan masyarakat tempatan, malahan masyarakat setempat turut mendapat manfaat bersama.

Alumni yang hadir dari luar negara turut hadir bersama memeriahkan lagi majlis yang dianjurkan. (FOTO UIAM)

Program yang bermula seawal tujuh pagi ini melibatkan Alumni UIAM, kakitangan universiti serta masyarakat tempatan bersama-sama bergotong-royong secara rewang untuk menyediakan juadah tempatan dan antarabangsa untuk dinikmati bersama dalam semangat Hari Raya Aidiladha.

Jamuan makan tengahari disediakan kepada semua jemputan yang hadir dan diraikan bersama-sama pengunjung yang membawa keluarga pada majlis rewang tersebut.

Para pengunjung hadir memeriahkan majlis Rewang Raya Alumni UIAM. (FOTO UIAM)

Hadir sama Presiden UIAM yang baharu, Datuk Dr. Mohd Daud Bakar dan program ini juga turut dihadiri oleh Rektor UIAM, Profesor Emeritus Tan Sri Dato Dzulkifli Abdul Razak, serta Jawatankuasa Pengurusan Universiti (UMC).


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...