> SEL KL > Wakaf dan dana endowmen universiti: UPM sudah bantu 10,000 pelajar
Wakaf dan dana endowmen universiti: UPM sudah bantu 10,000 pelajar

SHAH ALAM - Universiti Putra Malaysia (UPM) menerusi Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (Wazan) serius menyahut saranan kerajaan dalam menggalakkan universiti awam menjana pendapatan sendiri menerusi program wakaf dan endowmen.

Pengarah Wazan UPM, Dr Razali Othman berkata, kesemua universiti tersohor di dunia menjadikan wakaf dan endowmen sebagai salah satu sumber pembiayaan utama mereka.

Menurutnya, Universiti Al-Azhar misalnya, bukan sahaja menyediakan peluang pendidikan percuma atau murah tetapi pada masa sama memberi wang saku kepada para pelajarnya.

“Universiti Harvard, Yale, Stanford, Princeton dan Massachusetts Institute of Technology di Amerika Syarikat ada sejumlah AS$127 bilion atau RM546 bilion dalam bentuk endowmen.
“Dana itu digunakan untuk pembangunan pendidikan tinggi termasuk penyediaan biasiswa, penyelidikan, pengajaran dan pengembangan ilmu di universiti berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Razali yang merupakan penerima Anugerah Pentadbir Terbilang Universiti Awam 2018 menegaskan, penjanaan menerusi wakaf dan endowmen di 20 universiti awam di Malaysia seharusnya dilakukan secara serius bagi memastikan visi serta misi universiti dicapai.

Kata beliau, dalam waktu yang sama, pendekatan autonomi dapat dicapai tanpa mengharapkan bantuan geran pembiayaan daripada kerajaan.

“Di UPM, penjanaan menerusi wakaf, zakat, endowmen dan sumbangan dilakukan dengan serius selepas tertubuhnya Wazan pada 1 Oktober 2016 dengan hasrat mendidik warga UPM serta masyarakat setempat menyumbang menerusi dana bersifat kedermawaan (filantropi) termasuk wakaf, zakat, endowmen dan sumbangan.
“Sepanjang hampir tiga tahun penubuhannya, Wazan mengagihkan sejumlah RM11 juta dalam pelbagai bentuk bantuan dan sokongan kepada staf serta lebih 10,000 pelajar UPM,” katanya.

Jelasnya, antara yang telah diberikan termasuk bantuan dalam penyediaan biasiswa pelajar, dermasiswa, dana rahmatan lil alamin (bantuan kepada pelajar bukan Islam), pembiayaan ihsan (bantuan pelajar luar negara), pembelian ambulans, penggantian fasiliti masjid (karpet dan kipas gergasi), bantuan sara diri, yuran pengajian, kesihatan dan pelbagai program berbentuk sahsiah dan akademik, khususnya kepada para pelajar.

“Malah, sepanjang penubuhan, Wazan berjaya mengumpulkan dana daripada wakaf, zakat dan sumbangan lebih RM30 juta,” katanya.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...