> TRENDING > Yeo’s Soya dengan ciri khas botol mudah digenggam
Yeo’s Soya dengan ciri khas botol mudah digenggam
WARTAWAN SINAR HARIAN Rabu | 14 Ogos 2019

PENERAJU makanan dan minuman, Yeo Hiap Seng (Malaysia) yang merupakan pemegang jenama terkenal Yeo’s memperkenalkan produk minuman terbaharunya, Yeo’s Soya dengan ciri khas botol 1 liter bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Yeo’s Soya yang dilancarkan pada Ramadan lalu sesuai untuk dijadikan minuman seisi keluarga selain hidangan dalam sebarang majlis keramaian.

Pengurus Perhubungan Awam dan Khidmat Pelanggan Yeo Hiap Seng (Malaysia), Ong Sau King berkata, produk terbaharu itu dihasilkan menerusi pemprosesan pengisian sejuk aseptic cold-filling (PET) yang mana proses pengisian minuman itu dilakukan dalam suhu ambien.

“Ia mampu kekalkan kandungan nutrisi tinggi sekali gus hasilkan rasa yang lebih segar dan asli. Rasanya kekal enak bersesuaian dengan citarasa warga Malaysia,” katanya menerusi kenyataan akhbar baru-baru ini.

Tambahnya, Yeo’s Soya memiliki pelbagai manfaat antaranya kebaikan sumber protein.

“Yeo’s Soya ini diperbuat daripada kacang soya berkualiti yang diimport dari Kanada kemudian diekstrak segar dan berfungsi sebagai sumber makan tanpa kolesterol,” katanya.

Jelasnya, botol berwajah baharu diperkenalkan itu lebih mudah digenggam dan menjimatkan ruang penyimpanan.

“Lebih istimewa, botol minuman Yeo’s Soya setelah dibuka dan disimpan di dalam peti sejuk mampu bertahan selama tiga hari,” katanya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...